
Alhamdulillah. Selesai sudah. Bulan pertama
Closing Shaklee untuk tahun 2017. Ini merupakan bulan ketiga saya mula
Bisnes Online Shaklee saya dan syukur pada ALLAH, prestasi amat mengujakan! Saya yang tak tahu apa apa pasal
Sales, Bisnes Online, Prospek (dulu saya siap ingat Prospectus yang universiti tu! Hihi) & turun naik
oversall group sales. Ala ala
aim atau pun KPI untuk saya sendiri dan team baru saya;
The Orchids (dah macam nama
underground music band pulak kan?).
=============
Kenapa excited nak tunggu time
Closing Shaklee ni setiap bulan? Biasa kita buat bila
last day bulan tu. Kalau ada 30 hari, 30 haribulan lah (Bukan hari cuti lah. Kalau cuti, then masing masing ber’
closing di rumah lah!). Mesti lah
excited sebab sejak bulan kedua saya mula
Bisnes Online Shaklee ni, keterujaan tu melampaui batas! Sebab masa ni lah, dengan izin ALLAH tentunya, akan berlaku
magic yang tak boleh nak pikir dek akal kita yang satu ni! Bila kita rasa macam,

“Oh. Dah pukul 10 malam ni. Tak mungkin dah kot nak masuk
sales lagi? Sebab takde sapa dah yang nak
reply message aku tadi ni? Takdok dah kot eh?”
Sambil jeling kat
updates Group UV Points (“GUV”); points yang dikumpul kita sekumpulan hasil jualan yang team kita buat untuk bulan itu. Bukan apa. Sebab untuk sesetengan orang, points tu lah yang akan menentukan hala tuju kita dalam
Bisnes Shaklee ni.
Not so much of the cash bonus, tapi lebih kepada
ranking ke mana kita selepas ni (ke atas lah, tentunya!). Tapi itu lah jugak yang menjadi kayu pengukur yang kita ni berjaya ke tak dalam
Bisnes Shaklee ni. Sebab memang untuk bisnes ni;
Bisnes Shaklee ni lah yang
comply to Undang Undang Shariah Untuk MLM kat Malaysia ni (Okay,
comply 14 daripada 15 tau! Tak
comply tu cuma Shaklee tak ada wakil Shariah sahaja, di mana mereka mestilah sedang berusaha nak
comply okeh?).

Kat bawah ni saya nak kongsi sikit perkembangan positif saya dari mula saya bina
Bisnes Online Shaklee saya. Oh chup! Saya bukan hanya tumpu pada mereka yang
Daftar Jadi Ahli Shaklee semata mata; sebab saya juga punya kumpulan yang hanya
Daftar Jadi Ahli Shaklee untuk
self-consume. Tak ada masalah. Tak langsung terutamanya kalau kita tahu apa yang kita nak dapatkan dari sini! Dan motif saya tunjukkan perkembangan saya ni sebab saya terus terang berbangga dengan diri sendiri yang tak ada asas berbisnes ni. Selain tu; nak bagi jentikan semangat untuk anak anak bisnes saya dan juga sapa sapa lah yang baca ni dan pernah ada rasa ‘kekurangan rasa yakin dan percaya pada diri sendiri’ sebab tak pernah ada pengalaman dalam sesuatu bidang tu.
Itu semua tak penting; tapi apa yang awak nak tu yang penting! Apa awak rasa KPI saya nak achieve untuk bulan ni? Hihi. Rahsia lah! Hihi.
JUALAN PADA
|
TOTAL GUV (RM)
|
NOV 2016
|
3,200
|
DIS 2016
|
11,000
|
JAN 2017
|
17,000
|
FEB 2017
|
???
|
Nota: Tidak bertujuan untuk berlagak dengan pencapaian yang saya dapat tau!
Ingat lagi tak
Azam Baru Tahun 2017 Saya yang saya ada buat
video dan
posting bukan berbayar tu? Haa… macam saya, saya rasa syukur sangat sangat sebab saya masih di paksi yang positif. Dalam
video tu kan saya ada kongsi yang saya nak jadi
Master Coordinator 2017; seboleh bolehnya sebelum 31 Disember 2017. Tapi, mestilah kalau lagi cepat, saya riang saya! Pasti!
Alhamdulillah juga untuk bahagian pengumpulan dan perluasan empayar ni, sebab
to-date saya dah mempunyai 17 orang yang sudah pilih untuk
Daftar Jadi Ahli Shaklee dengan saya.
Apa yang saya perlukan dari hari ini hingga akhir tahun ialah untuk awak semua doakan yang saya dapat capai impian saya yang satu tu! Ikut
Azam Baru Tahun 2017 Saya tu lah! Hihi.
Jangan lupa doakan saya ok?
Terima kasih & assalamualaikum.
0 comments:
Catat Ulasan