In Bisnes Online Daftar Ahli Shaklee Kenapa Semangat Positif Wajib Ada Bila Kita Mula Berbisnes shaklee setiawangsa shaklee wangsa maju Superstars Shaklee Tips Bisnes Online tsunami shaklee Ultimate 5

Kenapa Semangat Positif Wajib Ada Bila Kita Mula Berbisnes?

Dalam hidup akan ada dua benda yang sangat berbeza. Orang panggil kata berlawanan. Kamus Dewan label sebagai Antonim Kata. Lelaki dan perempuan. Siang dan malam. Benci dan sayang. Putih dan hitam. Langit dan bumi. Takde yang tengah tengah. Tapi dua benda berbeza yang cukup ekstrem. Antonim Kata. Itu lah dia. Ikut teori sayang yang ohsem ni pulak, Antonim Kata yang cukup cukup sinonim (baca: makna yang serupa; sama) dengan kehidupan kita kat dunia ni ialah Positif dan Negatif. Setuju atau tidak?

Tahu tak perbezaan di antara orang Positif dengan orang Negatif? 

Bagi saya lah kan; paling senang awak nak detect mereka yang Positif tu kan ialah dengan tengok mimik muka mereka ni. Biasanya, golongan yang Positif akan lebih mudah tersenyum, ketawa, suka berkata kata (bercakap), peramah. Mereka yang Negatif pulak akan kelihatan seperti sedih, garang, suka kerutkan muka, susah nak senyum walaupun cuma seleret senyuman, defensive.



Tapi, ini tak bermaksud semua yang pendiam tu bersifat Negatif. Ciri ciri orang Positif masih boleh dilihat terpancar okeh di wajah seorang yang pendiam: tak semestinya orang Positif tu takleh terdiri dari orang pendiam ni. Contohnya: kan saya kata orang Positif tu mudah tersenyum, peramah? Mungkin dia pendiam tapi dia suka berkata kata secara online? Mungkin dia bukan seorang yang people person tapi bila berbual dengannya di telefon, kita boleh tahu yang dia mudah tersenyum dari suara dan kata kata dia on the phone? Awak tahu kan, suara kita ni berbeza bila kita bercakap? Suara kita boleh sampaikan secara indirectly samada kita ni Positif atau Negatif? 

Dan tak bermaksud; mereka yang peramah dan mudah tersenyum tu sebenarnya betul betul Positif! Contohnya; mungkin dia seorang yang peramah, tegur orang sana sini tapi bila dia berkata kata; setiap bait bait kata tu bunyinya lancang dan menusuk kalbu? Bukan romantik tapi buat orang sakit hati dan simpan dendam? Mungkin dia seorang yang mudah tersenyum tapi senyum bila pijak kepala kawan sendiri untuk sampai ke puncak? Senyum bila baru je buat onar dengan setiap orang yang dia kenal dan senyuman tu ialah senyuman kepuasan sebab baru lepas menghorrorkan kehidupan orang lain? 
*Nota kecil: profiling di atas hanya berdasarkan kajian dan pemerhatian saya dan saya sendiri. Kajian dan pemerhatian ni saya buat based on orang di sekeliling saya: ahli keluarga dekat dan jauh, kawan kawan, customers, prospek, etc. Adalah TIDAK DIGALAKKAN untuk ambik teori saya ni sebab saya ni takdak certificate nak kaji orang, okay? ðŸ˜€


Haaa… kannn? Sekarang, rasa logik tak statement saya? Dah semakin faham kan apa yang saya cuba sampaikan?

Secubit nasihat dari saya (bukan sebab saya seorang yang bijak pandai, level level Einstein tapi sebab nak kita sama sama berjaya dan maju ke depan), jom lah kita pilih untuk terus terusan jadi seorang yang Positif sepanjang masa dan moh lah berubah kalau kalau ada sekelumit rasa nak jadi mereka yang Negatif tu. Sebab, ingat tak time sekolah dulu Cikgu ada pesan, “Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”. Please jangan cuba jadi tupai, please? 

Mungkin kali ni kita rasa kita dah berjaya walau dengan cara yang kotor. Dengan sungguh sungguh aniaya orang. Mungkin kali ni kita menang, tapi esok lusa? Dah fikir? Dah tahu apa akan jadi nanti? Sapa nak tolong awak masa tu?

Kenapa kita kena tetap dan kekal Positif? Awak rasa bila jadi Positif, orang senang nak pijak kepala? Ambik kesempatan? Take you for granted? Saya mintak awak jadi Positif tu sebab ia adalah benda baik. Terpuji. Ingat tak, “Buat baik dibalas baik”? Sebab tu lah. 

Dan regardless of who we are and what we believe, our religion ke, our family ke, our nature or our country; jadi Positif adalah HARUS. WAJIB. Sebab ini benda baik. Saya bukan berkhutbah / preaching sebab nak points yang ohsem dari orang lain, tapi hanya nak bagi peringatan kat diri sendiri dan sama sama lah share dengan awak ni.

Sama jugak dalam bisnes. Saya dah mulakan Bisnes Online Shaklee saya sejak 3 bulan yang lalu kan. Padahal dah Daftar Jadi Ahli Shaklee sejak 2014; almost 2-3 tahun lepas. Bila dah decide nak mula Bisnes Online Shaklee ni, masa tu beria lah. Macam tahu semua dan rasa, eleh! Orang lain boleh buat, takkan lah aku takleh kan? Lepas 2 minggu buat; oh my, oh my! Rasa loser gila! Sebab banyak tak tahu. Sibuk dok tengok orang lain punya kejayaan dan terus senyap senyap kata dalam hati, memanglah kau boleh, ALLAH bagi rezeki lebih kat kau sebab kau orang baik. Aku dulu jahat, ALLAH benci kat aku sebab tu aku tak dapat macam kau. YES. Betul. Awal awal dulu; saya pikir sampai gitu tau? Horror tak? Siap ada moment yang bila saya rasa, bodohnya aku ingat aku boleh buat. Bisnes ni mesti tak sesuai dengan aku kot, sebab aku bukan orang baik! Siap ada rasa regret/kesal kenapa gedik nak mula Bisnes Online Shaklee ni. Hanya kerana orang kiri kanan saya boleh berjaya time tu dan saya tidak walaupun hanya pada minggu kedua saya mula berbisnes! 

Tapi syukur Alhamdulillah, bisnes saya nampaknya tunjukkan progress yang ohsem bila Debaran Closing Pertama Saya Untuk Tahun 2017 baru baru ni baru je lepas, bulan lepas! 

Dan Syukur sekali lagi. ALLAH masih lagi sayangkan saya, sebab dia bagi saya nilai kesabaran yang tinggi dalam dada. Walaupun masa tu, sungguh! Saya malas terus dan sangat sangat down. Kenapa saya rasa macam tu? Sebab rasa Negatif yang tebal dalam diri. YEP. Sebab tu lah. Patutnya (Mami Bisnes saya, Mami Salwa selalu kata kat saya) “Winners Focus On Winning, Losers Focus On Winners”, dan selama saya berfikiran Negatif dan keladak negativity makin menebal tu, memang saya mengaku lah saya dok fokus kat mereka yang berjaya tu! Damn!

Lepas tu lah baru saya ubah diri sendiri (sebab banyak mana pun kelas motivasi yang awak pergi, tapi kalau awak tu sendiri berat hati nak berubah, toksah mimpi di siang hari lah nak dapat magic untuk benda berubah sekelip mata, weh!). Ubah persepsi untuk lihat ke hadapan. Ubah dari Negatif jadi Positif. Susah. Memang susah. Tapi, kena usaha lah. Saya tak cakap senang. 

Positif dalam bisnes bagi saya ada dua elemen penting: PRO-AKTIF & PROGRESIF. Ini ialah dua benda penting yang bersifat Positif (eh, dah macam doktor psychology dah pulak kan? Hihi… 😅)

PRO-AKTIF: dalam bisnes, kita takleh jadi macam pungguk rindukan bulan. Atau nak tunggu bulan jatuh ke riba (kenapa dua dua pun bulan? 😂). Kita kena pro-aktif. Kita buat. Kita mulakan. Otak kena ligat. Kena fikir one step ahead. Fikir setiap consequences dan kena selalu bersedia dengan back-up plan. Kena tahu apa nak buat kalau langkah A tak jadi. So, awak dah sedia dengan langkah B, C, D. Tak boleh jugak duduk diam diam dan cakap kat diri sendiri, alah. Malu lah nak approach orang untuk promote VIVIX ni. Tunggu dia datang tanya lah kot. Sayangku! Ke laut lah awak gini. Bulan pertama, awak gugup. Takpe. Itu warming up session kan. Takpe lah. Bulan ketiga, then keempat? Apakah? Pastu sedih sorang sorang. Rasa cuak dan risau. Rasa tak mampu nak buat. Rasa loser dan dibenci orang lain? Berhenti berfikir dan mula bangun dan beraksi, boleh?

PROGRESIF: kita semua sedia maklum; dalam Bisnes Online Shaklee ataupun offline sekalipun, kita mesti sah sah lah nak progress betul tak? Tak perlu hanya untuk Bisnes Online Shaklee lah. Dalam hidup sekali pun. Atau kerja awak bagi yang masih bekerja tu. Nak tak, kalau dah 12 tahun kerja company sama, gaji awak dari tahun pertama RM2,000 hingga tahun ke doblas ni, gaji rilek maintain takat RM2,000 sepanjang 12 tahun tu? Nak gitu? Atau pun, dulu awal awal kawen, makan dinner lauk ikan goreng dengan bayam sup. Tahun ke lima pun, lauk dinner maintain takat tu je lah. Ikan dan bayam. That’s it. Takdok ayam, daging dan hoih, seafood tak pernah sekali pun selama lima tahun tu. Takdok progress sebab tak rasa nak jadi lebih baik. Nak ke gitu? Pastu dalam Bisnes Online Shaklee (atau/dan offline) ni pulak, sekali dah reach rank Supervisor, rasa dah habis jaya lah tu. So, takdok dah lah usaha nak improve kan diri sendiri untuk jadi lebih bagus dan hebat sebab ingat takat dah capai Supervisor tu dah cukup? Hape benda gitu? Pastu pandai pulak jawab, ini aku bersifat “wasatiah” ni. Kesederhanaan. Dah capai Supervisor, nak achieve effective Supervisor pun malas malas jugak, sebab nak “wasatiah” katanya! Hape benda gitu, serius ni? Itu full of shit namanya (maaf, penulisan agak kasar tapi untuk sampaikan apa yang sepatutnya untuk pemahaman semua pembaca ya?)

Setiap kita ada kepercayaan dan agama masing masing kan? Saya tak rasa ada agama yang cakap kat pengikut dia, 

Sila jadi seseorang yang sangat negatif, nangis nangis di bucu katil, naik lah rank bila buat bisnes tu dengan cara pijak kepala semua yang lain, munculkan rasa hasad dengki dan berbalah lah sesama kamu dan jangan lupa untuk terus terusan bersangka buruk kepada setiap makhluk yang ada di sekeliling kamu!”

Pastu, siap ada tambahan lagi,

“Semua pengikut, please lah duduk diam bila buat apa apa. Tunggu je sampai rezeki datang, toksah berusaha (tak pro-aktif). Dan ingatlah korang ya, bila dah dapat sesuatu… rilek rilek sudah. Toksah nak usaha lelebih, sebab dah dapat secubit apa yang korang idamkan kan?”

Pengsan kalau ada agama yang ruled such negativity in ones follower’s mind and soul kan?

Jadi? Apa pilihan awak sekarang? Nak jadi si Positif atau dia yang Negatif? Pilihan tu memang kat tangan awak masing masing. Toksah pun sebenarnya nak pecah kepala pikir nak jadi yang mana kan? Jawapan tu dah ada, antara awak nak buat dan tidak je kan? 

Walaupun saya bermula sebagai seorang yang Negatif tapi saya pusing segalanya dan mula jadi seorang yang Positif! Hihi... Awak rasa tak aura Positif dari saya ni? Rasa tak? Rasa tak?

Nak berjaya macam saya, so jom lah kita sama sama teruskan jadi Positif dan kekalkan Positif dalam diri tu. Nak buat guane? Cari kelompok yang Positif dan inshaALLAH aura aura Positif di kalangan mereka dalam circle tu akan berjangkit sedikit demi sedikit. Toksah risau. Ni jangkitan idaman. Dapat aura Positif tu, simpan dan biakkan lah pulak, pass sana sini. Lagi besar circle Positif yang awak mampu buat, lagi mudah awak nak jalani kehidupan seharian; be it business or just plain life. Cuba lah. Tak cuba tak tahu! 


Okay, terima kasih semua dan assalamualaikum.

Related Articles

0 comments: