In Cara Buat Bisnes Online Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee Daftar Ahli Shaklee Daftar Jadi Ahli Shaklee Superstar Shaklee Tips Bisnes Dari Rumah Tips Bisnes Online tsunami shaklee Ultimate 5

6 Tips Mula Bisnes Dari Rumah, Macam Bisnes Shaklee Saya

Hihi. WAHM. Tahu tak apa tu? Working-At-Home-Mom. Betul. Saya bukan WAHM ni tapi yang Daftar Jadi Ahli Shaklee dan mula mengorak langkah bina Bisnes Online Shaklee memang ramai terdiri daripada WAHM ni. Nampak tak betapa Bisnes Online Shaklee ni memang mudah dan ohsem sebab tu walaupun awak seorang ibu, awak mampu untuk bekerja dari rumah dan jana pendapatan yang lumayan hanya dengan duduk di rumah gitu je. Best ke best?

Saya sekarang dalam Bisnes Online Shaklee secara full-time. Betul tu. FULL-TIME. Walaupun bukan seorang ibu dan apatah lagi anak anak; memang takde lah kan… tapi sebab saya memang berada dalam Bisnes Online Shaklee secara full time, boleh lah kita nak kata ala ala WAHM jugak kan? Sebab saya masih kena jaga kekucing saya kat rumah kan: cat litter mereka, food mereka, laundry, cuci sapu rumah, vacuuming, etc. (cuma anak anak je takde kat dalam carta tu - but lain pulak cerita dia bila my nieces are here; mereka tu peminat saya, memang berkepit je lah… ha, tu kira mak tumpang lah tu kan? Hihi). 


So, cemana saya buat kerja kerja harian yang sebijik macam WAHM handle plus all the toddlers dan anak kecil miut pastu susun pulak jadual untuk bekerja bila mulakan Bisnes Online Shaklee ni? Senang je. Semua orang pun boleh buat sebenarnya. Cuma persoalan dia: asalkan nak dan taknak je. Betul kan? Tapi saya ada trick dan cara mudah nak buat. Nak tahu tak?

🦋 RAJIN

Kena rajin, amik tahu pasal produk. Sebab bila kita kerja dari rumah, kita akan lebih kepada online bisnes kan? Ada juga time yang saya buat offline; tapi mostly online kan? Bila online, prospek akan mula bertanya macam macam soalan. Soalan tanpa sempadan. Jangan tunggu bila ditanya baru terhegeh hegeh nak cari. Lepas tu, tak ingat dah. Samada buat buat lupa atau memang tak amik kisah? Susah lah gitu. Kena lah buat research dari awal, persediaan. Sebab awak nak orang nampak yang awak ni bersungguh, bukan hot hot chicken poop! 

🦋 DIRESTUI

Kalau kita tu WAHM, mintak restu suami untuk mula Bisnes Online Shaklee dari rumah ni. Jangan pakat dan buat je tak pikir pun yang awak tu dah ada suami. HARAM hukum dia kalau suami tak restu tapi awak buat juga. Nampak remeh dan renyah, tapi ni antara benda yang akan tentukan jatuh bangun awak dalam bisnes. Tak kawen lagi tapi boyfriend tak bagi? Nasib lah dia tu awak; boyfriend dan suami tak sama okeh? Haha. Kalau saya lah (since saya tak kawen kan? Tapi kalau boyfriend saya kata takleh nak berbisnes ni atas sebab dia sendiri tak tau… saya tinggal dia!hihi). Tapi faham kan? Restu suami tu penting untuk awak mula berbisns tau!

🦋 JANGAN BERHUTANG

Memang bisnes online nampak cam mudah kan? Tapi sebenarnya kena pakai duit jugak sometimes kan? Tapi jangan lah awak berhutang. Never ever kata orang. Tahu kenapa? Sebab melarat makin teruk nanti. Payah. Bukan bisnes online je tapi mana mana bisnes pun sama. Bila dah berhutang, well… ini sangat bahaya. So, jauhkan lah okeh?

🦋 MINDSET KENA LOGIK

Contohnya gini; takleh lah pikir hari ni blog awak naik lepas dah set up semua tu, pastu awak harapkan yang lusa sales yang masuk bersungguh beria? Sales RM10,000 dalam satu hari? Awak jual apa? Jual kereta Porsche ke? Pfft. Logik. Tolong ketuk kepala sikit. Tak ada benda yang merapu seperti buat bisnes hari ni, esok pulangan RM1 juta! Toksah nak hype sangat please!

🦋 TO-DO LIST PENTING

Sediakan to-do list. Pernah buat tak? Saya memang bekerja dengan to-do list ni. Dari zaman saya kerja ofis lepas graduate sampai la ni, saya memang buat to-do list ni. Memang benda ni office-mate saya etc. boleh verify kan benda ni SAH! Haha. Kenapa kena ada benda ni? Macam kanak kanak sangat aih! Mesti kena, sebab kita nak tahu apa kita buat hari ni and lepas ni and supaya tak tersasar. Itu lah aim dia. Kalau tak, tak sudah sudah kerja lepas satu satu; lama lama messy caca merba semuanya. Not cool!

🦋 BUAT JADUAL

Bukan jadual serius pun; tapi lebih kepada berapa jam nak allocate sehari untuk buat Bisnes Online Shaklee tu. Macam saya; saya allocate dalam 4 jam sehari SAHAJA untuk buat bisnes: blog, fb, etc. dan hari hari untuk COD produk. Kecuali; ada hari hari yang saya rasa macam nak jadi angel dan baik hati; saya akan buat ad-hoc delivery. Kenapa kena buat jadual ni? Kenapa jadual ni penting? Sebabnya; baru lah kita yang control bisnes dan bukan bisnes tu control kita! Itu semua ada beza tahu? Dan itu semua efek bisnes kita dan cara kita bina bisnes. Faham kan? Haa… harap faham lah dan tak berniat nak bagi ajaran sesat. Hihi.


Ha, itu lah dia beberapa helai tips dari saya dan macamana saya mula mengorak langkah dalam Bisnes Online Shaklee saya ni. 

Oklah, sampai sini saja hari ni. Jumpa nanti dan harap info ni bagi manfaat untuk semua ya.


Assalamualaikum.

Related Articles

0 comments: