In 7 Tips Kekal Positif Aura Positif Itu Penting Bilis Comel Dalam Bisnes Cik Lisa Wangi Newbie Bisnes Shaklee Hulu Klang shaklee setiawangsa shaklee wangsa maju Superstars Shaklee

7 Tips Kekal Positif Eksklusif Untuk Bilis Bilis Comel Yang Baru Mula Bisnes

Dah nak masuk 5 bulan taww Cik Lisa mula Bisnes Online Shaklee ni. Macam macam Cik Lisa dah lalui, onak duri segala benda lah, ceewahhh! Hihi. Maklong lah, before ni Cik Lisa mana penah berniaga! Tawar menawar nak mintak diskaun, acah acah nego harga sumer tu boleh lah. 

Haa.. Itu Cik Lisa expert. Sebab selalu praktis bila pi travel masuk pasar tu, pasar ni time dolu dolu masa keje overseas. Alaa.. beli souvenier kott. Mahai sangat harga depa. 

Haruslah cuba mintak harga kasih sayangg, kot kot dia nak bagi. Customer is always right kan? Hihi. Nak takut apa. 

This time around… DUSHHH! Setepek kat muka! 

Cik Lisa pulak kena menjual. Uishhh, serius cuakkk kotttt! Padan lah muka kan? Tapi orang kata, there’s always a first time in every single thing kan? So, Cik Lisa decide apa nak jadik, jadik lah. Nak taknak, WAJIB redahh and buat rilek rilek sudeyy! 

Masa memula tu kan, sumpah nak kata ni, memang ada agak agak lapan ploh nam kali rasa nak give up. Rasa nak pengsan. Rasa nak muntah hijau. Rasa nak jerit kuat kuat sampai pecah cermin macam dalam wayang tu kan? 

Semua rerasa yang sebegitu tu ada. Yes. Konfem ada. Tipulah sapa kata takde. Serius ni. 

Nasib baiklah Cik Lisa ni Supergirl yang ada superpower untuk rilek rilek selamba je and maintain positif, so Cik Lisa akhirnya berjaya tangkis semua tu tawww! Syukur, alhamdulillah pada Dia Yang Maha Esa. Aminn.

Tapi, Cik Lisa belumlah nak transform jadi jerung lagi. Since, now masih kekal jawatan sebagai bebilis kecil di gigi air kan? Takdok lah #tipsbisnes cemana nak dapat RM ribu riban sehari kan?  


But, Cik Lisa sangat sangat happy, siap sengih nampak gigi taww, pasang niat nak kongsi #tipsuntukkekalpositif especially kan untuk kekita yang masih di ranking bilis bilis comel ni lagi. 

Sukaa tak?

=====================================================
7 TIPS KEKAL POSITIF - EKSKLUSIF UNTUK BILIS BILIS COMEL (NEWBIE)
=====================================================

🐣 HATI WAJIB SADO

Baca tajuk je, mesti laju laju awak kata, elehhh! Ni semua orang dah tahu? 

Hihi. Sebab tu lah ni jadi nombor satu! Memang ni kena paling dan sangat penting. Toksah nak hati tisu sangat lah. Sikit sikit, stress. Kejap kejap, nak give up. Asyik asyik, nak nangis. 

Kentalkan sikit semangat tu. Nasiblah kalau orang nak kutuk, maki, pandang rendah kat kita. Toksah peduli. Lagi bagus buat pekak tuli. Nak tahu tak? Cik Lisa ni siap ada kengkawan yang memang dah takmo kawan taww sebab they all rasa Cik Lisa ni bangangg gilos benti keje gaji besauu and kalut buat bisnes ‘jual ubat’!

Asal kita tahu apa kita buat and tak salah di sisi agama, rilek rilek sudeyyy! Kannn?


🐣 NAK LEPAS GERAM? BOLEH!

Segagah mana pun seorang manusia tu, kita ni kan beremosi? Betul? Lama lama, sadis jugak dalam hati kann? Ada rasa nak marah, nak nangis, hampa, kecewa, terasa, kecik hati and macam macam lagi kan? 

LET IT OUT, kata omputih. Boleh. Memang boleh. Sapa kata tokleh? Awak pi masuk hutan ke, jerit kuat kuat! Tak pun, pi sini SMASH HOUSE and go crazy. 

Kat situ, ha apalagi! Campak, hempas, baling piring, pinggan, cawan and everything taww untuk sesi lepas geram! Takpe, takde sapa nak marah. Memang situ tempat orang release tension. Haha. Bila dah reda, bangkit semula dan teruskan! 


🐣 SELOW MELOW IS OKAY & NO HAL LAH!

Sapa kata nak berjaya dalam hidup, kita kena naik bullet train macam kat Japang tu? Atau Eurostar macam kat Europe tu? Sapa kata? Sapa? Sapa? Meh sini Cik Lisa ikat dia kat pokok pastu tabur semut api evil tu ramai ramai atas badan dia kan. Tak baik taww dia tipu tipu gittew!

Laju laju pong buat apa kalau laju di awal awal perenggan, pastu syok ke kalau hilang pedoman di tengah jalan? Rugi kan? Tak worth it. Toksah dok sibuk nak lawan orang kiri kanan. Awak buat je pelan pelan, one day tahu tahu dah di puncak. Time tu baru lah syiokkk! 


🐣 BUAT MINI TARGET & REWARD BILA DAPAT!

Ada sifu saya pernah cerita, kita semua ni perlukan perhatian. Kurang kasih sayang, kata dia. Hihi. So, kena always amik kisah. Tokleh lah asyik nak marah marah. 

Sama lah dengan diri sendiri. Memang kita ada aim / target kita untuk akhir tahun, apa kita nak achieve kan? Tapi setahun ada 12 bulan. Kadang kadang enjin turbo tu masa awal awal tu je. Separuh jalan, terus eksoz pecah. Momentum habis gone, musnah!


Cer buat mini target. Setiap bulan nak achieve total sales berapa? Kalau dapat, nak reward diri apa? Tapi, jangan ikut gaya Mat Jenin, asal hadiah lelaju nak pilih yang mahai je. Biasa biasa sudah, asalkan jadi pendorong untuk kita cuba reach target kita tu kan? Bestt tau! Cik Lisa memang buat ni every month taww!


🐣 TOP-UP NILAI POSITIF KAT KENGKAWAN

Buat baik dibalas baik. Ingat tak masa skool dulu dulu? Cikgu selalu cakap kan? Sama konsep lah ni. Cer buat baik dengan kengkawan. Tapi, tokleh simpan niat dalam hati siap siap untuk WAJIB dapat balasan tu. 

Cuma, bila kita top-up nilai positif gittew, ia akan spread all over. Dan mesti awak jadi makin positif lagi dan lagi taww! 


Contoh: kawan nak pindah rumah, tolong angkut barang. Kawan tengah sad, jadi a good listener. Konfem berbaloi baloi sebab awak akan rasa tenang hati dan jiwa taww! Sebab dah buat orang lain happy sekali. Spread the love, bebeh!


🐣 RE-NEW SEMULA PERSPEKTIF / BIG WHY KITA

Although awal awal kita dah ada misi. dah tahu apa kita nak. Kenapa kita buat sesuatu perkara tu, kita mesti selalu singgah semula dan baikpulih misi kita tu, sebab lelama ia boleh jadi lemau & bosan!

So, kena selalu buat check & balance untuk kita re-focus semula dan of coz, untuk kekal positif like forever and ever and ever!


🐣 PILIH BULATAN YANG OHSEM

Mana mana orang yang dah berjaya mesti cakap benda sama ni, kan?

Duduk dalam kelompok yang positif + ohsem! Sebab ia mudah berjangkit dan awak harus “rela dijangkiti”!

Kata omputih, the Law of Attraction says, “like attracts like”

Related Articles

0 comments: