In Beli Produk Shaklee Bisnes Shaklee Memang Best Bisnes Shaklee Online Daftar Ahli Shaklee shaklee setiawangsa shaklee wangsa maju Superstars Shaklee tsunami shaklee Ultimate 5

Urus Masa Dengan Bijak - Rahsia Berjaya Dalam Bisnes Shaklee

Dua tiga hari ni, ramai dok tanya Cik Lisa kerja apa? Umur berapa (Ha, ni memang soalan femes orang suka tanya Cik Lisa kan? Haih! Thanks to VIVIX lah tu! Haha…)

Tapi, bila Cik Lisa cerita yang Cik Lisa mula bina Bisnes Online Shaklee pelan pelan and now memang Cik Lisa buat ni sepenuh masa. 

Pengedar Shaklee lah kerjaya Cik Lisa; siap ada yang terkejut, ada yang tak sangka and ada jugak yang bising bising kata you are too young to do so!

Dulu dulu, siap ada kengkawan Cik Lisa yang sanggup takmo kawan dah sebab kata Cik Lisa ni ngeng sangat untuk tinggalkan kerjaya professional sebagai seorang Commercial Manager kat ofis kontraktor yang besar kat KL ni dan gaji cecah lima angka gittew. 

Katanya; kau ni bangang ke apa? Apasal tak boleh fikir which is the best for you? 

Bukan ke kengkawan patutnya support kita sebaik mungkin and after all the people we mingled, these friends were supposed to be the one yang tahu siapa kita sebenarnya? Bila dapat respon gittew, Cik Lisa agak frust lah jugak. 

Sebab kita awal awal lagi dah pikir the pros and cons and although gaji sekepuk gittew at the end of the month, that was it. 

Mana ada rasa syok dalam hati and semuanya pun hanyalah the usual, ordinary life of a not-so-called professionals in the market kan?


Nak cerita pasal time, extra time? Bila bina Bisnes Online Shaklee since November 2016 baru baru ni, first I thought, okaylah tu. Akan ada masa lapang banyak sikit

Tapi tak pun. Haha. Busy still. Tapi, kita yang rangka perjalanan hidup kita seharian. 

Boleh nak rilek rilek gittew, but nangis kat bucu katil lah bila at the end of the month sales sendu tak bergerak. But the best bit of it, Bisnes Online Shaklee ni, you make your own time. 

Mudah je. Nak berjaya, then go for it! Buat sehabis baik. Sebab bukan lah Cik Lisa nak preach atau bagi kuliah agama kan? But Cik Lisa tahu this for a fact, dulu dulu bila orang orang sibuk nasihat dan kata… 

"kesederhanaan tu penting. Wasatiah. Kita tak perlu nak kaya raya dan kejar kemewahan. Itu semua lagha (betul ke eja jawi gini, eh?)".

Sapa yang kata gittew? Ada twist sikit tu kat statement tu. Serius weh. 

Sebab easy as; sebenarnya kita patut strive for the best. Bukan setakat the best je but the very best. Sehabis baik. Mana boleh nak duduk diam dan doa agar agar cukup cukup makan pun sudah lah. Tokleh nak tamak haloba. 

Yes. Memang lah. But sapa kata kita kena berusaha half-heartedly? Separuh jiwa? Wasn’t it supposed to be berusaha sepenuh tenaga dah jiwa? Whole-heartedly? Kan?

And bagus tak bagus bila kita berusaha sehabis baik, jana income yang halal (a plus point) sambil bantu orang dalam isu kesihatan (another plus point!). 

Then, at the end of the day, sebagai seorang Islam, kita dah berusaha bersungguh sungguh kan dan mampu untuk bersedekah dan berzakat up to millions of ringgit. 


Tu tak awesome ke tu? Tak bagus dan amazing ke di sisi agama? 

So, again. Siapa kata yang kita patut cuma cuba cukup cukup makan saja? 

=============

Sejak Cik Lisa mula dengan Bisnes Online Shaklee ni, makin lama makin kagum dengan orang orang kat dalam dia. Jom lupakan sekejap orang ohsem macam Dr. Shaklee tu sendiri but let’s focus locally. Orang orang yang dalam Shaklee kat Malaysia ni pun cukuplah.

Mesti ingat; mereka ni hanyalah housewives yang tak kerja dan urus anak je hari hari kan? 

Tetttt! Wrong answer!

Dalam Shaklee ni sendiri, bukan Cik Lisa sorang je yang merupakan orang yang bekerjaya tau! Ramai lagi dalam ni seangkatan dengan Cik Lisa and even better! 

Ada a few yang juga dalam construction line macam Cik Lisa. Ada lawyers jugak tau! And many others. Accountants, all sort of managers, etc. 

Pendek kata; we did what we had to before, tapi sekarang decided Shaklee is the way forward. So, although YES memang ramai surirumah sepenuh masa since awal; tapi itu tak bermakna Shaklee ni ialah bisnes lekeh dan tak professional. 

Sebab we are made of various backgrounds and that what made us who we were today. Ceewahhh!

=============
Dan kalau nak tahu, Cik Lisa ada rasa bangga dan kagum dengan mak mak yang buat Bisnes Online Shaklee ni tau! Sebab cuba bayangkan? Ada kids, toddlers around kan? 

Lepas tu nak handle orders? Then anak anak bisnes yang pelbagai ragam? How? Cemana mereka handle tu? Hebat kan?

Macam Cik Lisa: since dulu Cik Lisa kerja kan? So, senang nak apply dalam bisnes. In terms of time allocation. Cemana nak buat recording. Basic je pun. Bukan accountant pun kan? Hihi. 

But at least we know the duit yang keluar masuk, purchased items, handle prospek dan customer sedia ada. 

Boleh nak kata; nasib baik Cik Lisa tak kawen kawen kan? Kalau tak, tak tahu macamana nak handle semua tu. Sebab tu Cik Lisa kagum dengan rata rata yang ada dalam Shaklee ni. 

=============
Bagi Cik Lisa: hidup berjadual tu penting. Cik Lisa allocate awal awal, pagi apa Cik Lisa kena buat. Usually delivery products kat customer petang, sebab pagi akan busy dengan orders dan update media sosial. Itu semua marketing untuk sales. 


And alhamdulillah, Cik Lisa ada beberapa orang anak anak bisnes yang baru nak bertatih sama sama dengan Cik Lisa. So, itu ialah amanah Cik Lisa - untuk train mereka sehabis baik, untuk upgrade hidup mereka jadi lebih baik kan? Extra income. 

So, Cik Lisa dah awal awal set coaching time dengan each of them; and masa coaching lah Cik Lisa akan update mereka apa yang patut untuk mereka usaha nak capai KPI mereka setiap bulan. 

Coaching time jugak ialah bila Cik Lisa akan salurkan mana mana ilmu yang Cik Lisa dapat dari mentor Cik Lisa sendiri; Mami Salwa penaung team Superstars Shaklee iaitu team upline Shaklee Cik Lisa. 

Dalam life, hidup kita memang kena ada sistem tak kisah kita suka atau tak. Bila ada sistem, senang nak hidup. Macam railway track. Kalau takde railway track, cemana agaknya keretapi nak jalan? Habis lah tak selari semua gerobok train tu kan? Sama lah dengan life kita.

And bila ada sistem lah, hidup kita terjaga. Kita boleh handle macam macam dalam satu masa. Kadang kadang ada jugak kengkawan yang masih kawan dengan Cik Lisa kan, dok tanya macam macam bila mereka tahu Cik Lisa improved sales dari sebulan ke sebulan kan? Tanya Cik Lisa buat cemana?

Itu semua, sistem lah jugak. Bila ada sistem, baru semua boleh jalan. Ada jugak yang tanya, memang Cik Lisa belajar pasal medical ke dulu bila tahu nak advise supplements memana? Ha, itu semua pun bergantung pada sistem. Kuat sistem kita, kuat lah knowledge kita kan?

Bila ada sistem - kita belajar satu satu, Shaklee ada pakar nutrisi bertauliah. Kita tahu kita kena ada knowledge yang sahih dan bukan acah acah nak suggest orang amik itu ini. Sebab tu lah kita boleh berjaya. 

Secara tak langsung, pelan pelan mereka mula tahu Cik Lisa tak main main dari dulu. Cik Lisa tahu Cik Lisa nak buat apa sebenarnya. Dan alhamdulillah. Sebab ni lah, and mungkin mereka secara tak langsung jugak terinspirasi dengan jalan cerita Cik Lisa dan Shaklee, terus mula amik supplement Shaklee. 

Ada jugak yang mula bina Bisnes Online Shaklee bersama sama.

Siapa kata buat Bisnes Online Shaklee tak boleh berjaya? Tak professional? Ia lebih dari tu, dan bagi Cik Lisa tak kisah sekuat mana pun organisasi tu, semuanya bermula dari diri kita sendiri. Kita nak, kita buat. 

Dan masa dapat hasil lah, kita akan tahu sekuat mana kelebihan dalam diri kita untuk berjaya dan jadi lebih baik dari siapa kita hari ini, inshaALLAH.

Cik Lisa tak pernah menyesal buat keputusan untuk tinggal profession sebagai seorang Commercial Manager dengan gaji lima angka, sebab apa? 

Sebab Cik Lisa tahu Cik Lisa dapat lebih dari tu dengan Shaklee by end of this year, inshaALLAH. 


Selain tu, Cik Lisa tahu yang Bisnes Online Shaklee ni bukan saja mampu nak jana pendapatan yang lumayan untuk Cik Lisa di dunia, tapi jugak persediaan untuk saham akhirat yang bernilai. Amin. 

Related Articles

0 comments: