In Adab Berbisnes Bisnes Online Marketing Shaklee Hulu Klang shaklee setiawangsa shaklee wangsa maju Superstars Shaklee Tips Bisnes Online tsunami shaklee Ultimate 5

Strategi Marketing 2017 - Mana Yang Lebih Baik?

Bila kita nak jual sesuatu, kita perlukan strategi marketing yang tersusun. Apa tu marketing? Cara atau kaedah kita menjual, mempromosikan barang jualan / servis yang kita sediakan lah. Betul? Kalau kita jual sesuatu benda, tapi duduk diam diam kat rumah. Senyap senyap. Ada ke orang tahu apa kita buat?
Marketing? Apa sebenarnya jenis atau kaedah yang sesuai? Nak promote barang kita? Nak bagitahu mereka apa yang kita ada? Barang? Servis? Macamana nak amik perhatian mereka supaya mereka tertarik dan laju laju cari kita untuk beli / berurusan dengan kita?

Apa cara marketing Cik Lisa?

Ada macam macam cara marketing kat dunia ni. Banyak cara. Macam macam. Ada yang dah wujud dari beberapa tahun dulu, tapi ada jugak yang baru start these few years dan dah digunakan oleh semua orang secara meluas kan? Antara contoh marketing old skool ialah flyers, approach prospek secara offline, borak borak gitu kannn? Ada jugak guna iklan tv, iklan kat majalah majalah berkaitan. 


Itu yang dulu. Yang moden dan makin lama, makin ramai orang guna ialah mostly yang online. Yang menggunakan talian internet. Kan ke orang kata, semuanya di hujung jari? Or something like, maklumat di hujung jari? Yes, or something along the lines lah kan?

Contohnya: FB Ads, FB Personal, blog (eh, but blog ni sebenarnya dah ada since forever kan?) dan semua jenis media sosial yang semakin hari semakin banyak tumbuh sekarang ni kan? Kenapa online makin banyak mediumnya? Mestilah sebab dunia dah moden! Semua orang gunakan internet untuk segala benda!!


Tahu tak, budak sekecil 3 tahun pun tahu nak guna internet macam takde masalah langsung! How is that even possible? Amazing tak? Tapi tu lah dia, dunia dah bergerak pantas. Cik LIsa pun kalut kalut, still kat belakang try nak cope dengan dunia tanpa sempadan kita sekarang ni. Phew!

So, apa cara marketing Cik Lisa?

Sebab takmo ketinggalan, Cik Lisa tak terlepas dari menggunakan media sosial online of course lah kan? Ada FB, blog tentunya dan yang lain lain jugak. Itu online: lebih mudah sebab cuma boleh duduk dari rumah je kan? Semua menulis dari rumah, mudah!

Tapi itu medium online. Cik Lisa ada jugak gunakan medium offline. Cik Lisa guna flyers. Guna mulut. Eh? Haha. Maksudnya; Cik Lisa approach mereka secara good luck all the best, redahhh dengan sepenuh hati dan bismillah! Haha. Bukan susah; cuma hati kena keras. Kena kering dan toksah kira apa orang kata. Itu yang penting!

Tips paling penting: macamana kita bawak marketing tu. Konsisten takat mana? Berapa kerap buat? Atau cuma acah acah sekali dan pastu hentak hentak kaki kata it’s not working? Haha. Mana boleh gittew.

Sebab selama Cik Lisa dah mula dengan bisnes ni, benda utama yang Cik Lisa tahu ialah: jenis apa pun kaedah marketing yang kita pilih, semua tu bergantung pada kita. Cemana nak bawak. Nak buat. Semua tindakan kita sendiri. 

Kalau setakat nak cerita “Aku amik option yang terbaru. Updated. Confirm lah aku paling success”, tapi pastu duduk diam tunggu bulan jatuh ke riba. Eh eh, maaf lah! It doesn’t work that way, in case you didn’t notice. Haha. Tindakan. 


Itu yang paling penting! Bukan kaedah lama atau baru, tapi macamana kita bawak / lakukan benda tu. Kan? Hal ni ada dibincangkan oleh Tuan Bukhari Ramli dalam FB Wall dia jugak taww!

Faham ke faham? 

Okay, terima kasih semua.


Assalamualaikum.

Related Articles

0 comments: