In Daftar Jadi Ahli Shaklee Diabetes Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan Resveratrol Dalam Vivix Shaklee Shaklee Hulu Klang shaklee setiawangsa shaklee wangsa maju SLE vivix VIVIX Shaklee

Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan

Zaman sekarang ni kan, macam macam penyakit dah mula wujud dan ganggu hidup semua orang kan? Lebih lebih lagi, penyakit kronik yang merbahaya. Macam macam jenis sekarang ni taww! Sakit jantung, kencing manis, darah tinggi kan? 

Oh! Masuk bab kanser pulak, makin serabut kepala toksah nak cerita lah! Macam macam jenis kanser muncul sekarang ni kan? Yang dari awal dulu Cik Lisa tahu; Kanser Payudara dan Kanser Otak. 

Tapi, baru baru ni Cik Lisa tahu pulak ada Kanser Usus, Kanser Darah, Kanser Limphoma, Kanser Hidung, Kanser Prostat dan banyakkk lah lagi! Really? Sebanyak tu? 

On top of that, ada jugak penyakit baru beria nak ‘membiak’ sekarang ni (or maybe dah lama tapi Cik Lisa yang busy kat bawah tempurung sendiri!) macam SLE, Alzheimer Disease (Nyanyuk), Urinary Tract Infection (Kencing Kotor), etc.

Cemana kita nak menghadapi hari tua yang sihat kalau asyik ada je penyakit kronik baru yang bersungguh nak berleluasa gini? Awak sedar jugak tak benda sama macam Cik Lisa baru sedar ni? 

Sepatutnya, bila dunia kita makin moden bukan ke kita patut makin maju nak cari ubat atau jalan pintas nak hentikan penyakit ni semakin merebak? Tapi kenapa makin moden dunia kita jadi, makin banyak pulak penyakit yang menakutkan gini wujud? 

Memanglah orang dok cerita pasal kita dah semakin di akhir zaman. Betul lah tu. Memang sahih! Tapi, still. Kalau doktor doktor yang bijak pandai tu dah buat ujian itu dan ini, tapi kita makin hari makin terdedah dengan penyakit baru yang makin hari makin buat kita cuak lepas ni? 


Ke sebenarnya: kita makin lama makin mundur ke belakang, tapi virus dan bakteria ni makin lama makin hebat menyerang bagai johan? Haha. Tewas lah kita kalau gittew? Virus dan bakteria tu lagi bijak nak conquer kehidupan kita ke pas ni? 

Tak lama dulu, Cik Lisa ada cerita pasal radikal bebas yang berlebihan dalam badan kita mampu buat kita terdedah kat penyakit kronik yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan sekarang ni kan? Ceewahh! Bermadah pulak Cik Lisa hari ni. Haha.

Ingat lagi tak entri blog Cik Lisa hari tu tajuk Jus Anggur VIVIX Bantu Neutralkan Radikal Bebas Dalam Badan Kita

Hari ni, bila Cik Lisa dapat tahu info baru ni… hati Cik Lisa berdansa keriangan sambil mata berkaca kaca, bercahaya bagaikan longgokkan berlian dalam kapal lanun lautan dalam. 

Muka Cik Lisa berseri seri siap pipi Doraemon Cik Lisa tu kemerah merahan ala ala healthy glow sebab minum kolagen hari hari kann, so efek suka hati tepuk tangan tu jelas terpancar kat wajah Cik Lisa ni taww!

Hoih! Senyuman toksah nak kata lah! 

Memang sah sah dan konfem tak perlukan talian hayat taww! Cik Lisa punya seronokkk tu buat Cik Lisa tak tido malam dan bila baring acah acah nak tido tu, Cik Lisa masih rasa debaran syiokkk dalam hati tu tahu tak? 

Sampai Cik Lisa honestly mengaku yang memang Cik Lisa senyummm meleret sampai ke telinga sejak dari pertama kali kepala Cik Lisa landing kat bantal empuk tu taww!

Apa benda Cik Lisa nak kongsi dengan awak hari ni tah sampai teruja nau nauuu dari malam tadi sampai laa ni? Tak habis senyum lagi ni tahu tak? 

=========

Okay. Camni. 

Awak pernah makan tak Buah Delima. Atau bahasa omputihnya ialah, Pomegranate (baca: po-me-gra-nait)? Sebelum Cik Lisa tahu berita eksaited lompat setinggi Gunung Everest tu, Cik Lisa suka gittew je lah Buah Delima ni taww? 

Bukan apa. Awak pernah makan kan buah ni? 


Chup! Sebelum tu, Cik Lisa nak cerita sat cerita sampingan pasal Buah Delima. Ni kisah benar taww! Cik Lisa rasa comel sungguh kisah ni. Hihi. Kisah Aunty Cik Lisa sendiri. 

Okay. First, bukan ke biji Buah Delima tu macam sebenarnya besar jugak? Sebab isi atau intipati Buah Delima tu sendiri bukannya banyak mana pun. 

Sebab bila kita kunyah kunyah biji biji kecil Buah Delima tu, mesti biji gemok dalam isi Buah Delima tu kawal keadaan bijik bijik kecil dalam mulut kita kan?

Indirectly, dah ganggu perasaan kita nak enjoy Buah Delima tu as it is kan? So, sebab tu dulu Cik Lisa tak berapa nak feveret sangat lah buah ni. 

Nak cerita kisah kelakor lagi satu kan. Ada Aunty Cik Lisa ni taww. Dia ialah isteri kepada Mama punya adik. Dia Aunty yang super-fun! Baik je, lembut je dan graceful sesangat. 

Kalau ada yang memaki, Aunty ni lah yang tak reti nak marah, nak emosi ke, nak stress ke. Memang tak lah! 

Sebab dia perempuan yang saaaaaangaatttttt baik taww. 

One day ni, Cik Lisa ada kat kampung Mama. Kat Terengganu. Raya kot. Tak berapa nak ingat. Haha. Tapi, Aunty yang graceful ni ada sekali kat situ. So, kiterang reramai buat parti Buah Delima taww! 

Cantikkk sangat isi merah merekah Buah Delima ni. Semua orang enjoy kan makan buah ni. 

Tapi, Aunty graceful tu… Hihi. Dia makan beberapa ketul bijik kecik, then dia keluarkan bijik tu balik taww! So, kami semua kat situ macam erk! Dah kenapa kan? Only to find out that, 

“Tak boleh telannnn! Eeishh! Serius tokleh. Takut nak telan!”

Eh! Apakah? Hahaha. Yes. Dia tokleh telan Buah Delima tu sebijik sebijik macam kita semua ni taw! Sebab takut tertelan and tercekik bijik tu. Haha. I know. Kelakor kan? 

=========

Tapi, tahu tak awakkk Buah Delima tu khasiat dia tidak ternilai dengan wang ringgit? Ceewah! Sebenarnya nak cerita yang Buah Delima punya benefits ni memang priceless! Kita takkan sangka sebijik Buah Delima tu fungsi dia banyakk nauuu untuk kesihatan kita ni taw?

Memula, tahu tak Buah Delima ni adalah buah yang paling mujarab untuk sakit sakit yang memacam tu? Serius ni. Sebab Buah Delima tu sendiri ada Vitamin B Complex (Yup! Semua B yang ada tu tahu takkk?), C, K dan beberapa zat besi penting macam potassium dan kalsium. 

Kagum tak sekecil kecil bijik delimaa tu, ada semua nutrients yang ohsem tu? I mean, KALSIUM kot? Dalam BUAH DELIMA? Macam WOWWWW SANGAT KAN?

Dan sebab kandungan nutrients yang gittew lah, Buah Delima ni kan dikatakan sumber semulajadi yang baik untuk mereka yang NAK KURUS. Best ke best? Kunyah Buah Delima je lah pas ni kan? Ligat pulak mulut mengunyah lepas ni kan? Haha.


Dan sebab kandungan yang sama jugak, Buah Delima ni boleh tingkatkan sistem imunisasi badan dan melancarkan peredaran darah kita sekaligus mampu bantu dan cegah diri kita dari penyakit kanser dan jugak Alzheimer (nyanyuk). 


Buah Delima ni dia mampu tingkatkan sistem imunisasi kita sebab ia penuh dengan anti-oksidan (Punicalagin) dan dengan tu lah dia lawan virus dan bakteria yang cuba cuba nak serang kita tu! 

Kan dulu Cik Lisa ada cerita tentang radikal bebas yang melebihi dalam badan kita boleh mengakibatkan kita kena macam macam penyakit?


Rahsia Awet Muda Dengan VIVIX Shaklee dan Jus Anggur VIVIX Bantu Neutralkan Radikal Bebas Dalam Badan Kita adalah dua entri blog yang Cik Lisa pot pet pasal radikal bebas sebelum ni. Baca lah! 

Tadi Cik Lisa ada mention banyakk nauu sakit pelik pelik sekarang ni kan? SLE, Fibroid, Cyst pun semakin berleluasa kannn? Macam mudah sangat nak kena bebenda gini lately kan? 

Pastu kencing manis / diabetes tu lagi lah. Semua orang macam senang sangat nak terdedah kena kencing manis kan? Macam hari tu Cik Lisa cerita pasal Proses Nekrosis Dalam Badan Kita. 

Then, cerita ni pulak! Kolestrol naik sikit je, terus boleh kena serang darah tinggi pulak! Makanan kita sekarang ni pun, tak jaga sikit je… haih! Memuncak lah bila check kolestrol kan? Check darah. Aduh!


Nasib baik lah ada Buah Delima ni taww? Sebab apparently, Buah Delima ni boleh nak kata it can be categorised as a natural aspirin. Haaa, ubat tahan sakit semulajadi. Sebab dia boleh act macam anti-inflammatory taww! Meredakan.

Something macam Omega Guard (minyak ikan Shaklee) jugak lah, whereby it is an anti-inflammatory. So, kalau ada apa apa sakit memudaratkan; contoh, SLE kan. Ini salah satu penyakit yang dikenali sebagai auto-immune disorder. 

Tahu kan SLE? Kalau yang efek kat kulit tu, pesakit tu tokleh kena panas. Kalau kena tu, muka dia akan merah merah (inflammed) dan sometimes merah penuh kat muka tu kan dan membentuk ala ala kupu kupu atas muka kat hidung tu semua (butterfly effect). 

So, Buah Delima ni mampu kurangkan peratusan pesakit tu untuk jadi makin teruk sebab dia ada anti-inflammatory terkandung dalam bijik bijik kecil Buah Delima ni taww!


At the same time, kalau kita minum jus ni hari hari kan… (instead of makan bijik bijik kecil ni, macam tak praktikal pulak kan, kunyah tak benti nanti! Haha), sekarang ni zaman orang beria ia minum jus Buah Delima kan? 

Ada study yang tunjukkan, kalau minum dengan konsisten setiap hari, inshaALLAH dapat cegah kencing manis, kencing kotor (urinary tract infection) dan kanser seperti prostat, payudara dan sebagainya. 

Rasa macam seronok takk baca pasal betapa ohsem Buah Delima ni rupa rupanya? 

Tapi kan, Cik Lisa curious lah jugak ni kan. Awak dah baca semua yang Cik Lisa tulis ni kan, awak ada rasa tak terdetik kat dalam hati tu… haih! Kenapa macam hebat sangat Buah Delima ni, semua benda boleh nak prevent, boleh bantu cegah itu dan ini?

Macam magic fruit ke hape ni? Ada tak terdetik jugakk sikit kat dalam hati tu, ada resemblance atau iras iras apa eh? Cer pikir sat. Tarik nafas. Hembus. Chill. Rileks sikit. Ok. Tarik nafas semula. Tahan. Hembus. Okay, ready?

Jengg jeng jengggg! Ha!

Macam Vivix Shaklee tak? Jus anggur feveret Cik Lisa tu kan? Yang bezanya, Vivix Cik Lisa tu dah siap pack dalam botol kan? Cuma amik sudu (kalau pemalas dan nak cepat, erk… togak gittew je pun takpe kan!) dan sesudu pun dah settle untuk semua hal kan?

Yes. Pandai. Betul.

Jus Anggur Vivix Shaklee

Buah Delima ni memang sifat dia lebih kurang dengan Jus Anggur Vivix Shaklee tu lah. Nak tahu kenapa tak? Sebabnya, Buah Delima ni ada mengandungi resveratrol + polifenol. Ingat kan, Jus Anggur Vivix Shaklee ialah rumusan yang Shaklee paten kan resveratrol + polifenol

Ha… sebab tu lah sifat kedua mereka lebih kurang je kan? Hebat kan ciptaan ALLAH, subhanallah! Oh. Dan awak tahu tak yang Buah Delima ni jugak ada flavonoids. 

Cik Lisa tak tahu nak kata apa bila dapat tahu info ni. Terus macam, nak pegi supermarket lelajuuu nak borong buah ni bebanyakk taww!

Eh, tapi awak ingat murah ke buah ni? Nak buat air tu nak kena pakai banyak bijik taww? Pastu bukan boleh guna blender biasa macam kita buat jus buah lain tu. Dia ada juice presser dia tau! Bukan murah. Time consuming lagi nak perah pepagi before pi keje kan?

Daftar Jadi Ahli Shaklee

Sebab tu Cik Lisa bersyukur sesangat ada Jus Anggur Vivix Shaklee ni. Macam Cik Lisa pernah cerita kat Kelebihan Jus Anggur VIVIX Eksklusif Untuk Pengguna Shaklee memang memula orang akan rasa terpengsan tengok harga. Tapi, bila orang dah tahu khasiat Vivix, memang rasa berbaloi baloi!

Fuuh! Sambil tulis ni, sambil Cik Lisa terbayang rasa Jus Anggur Vivix feveret Cik Lisa tu masuk mulut. Kecur air liur Cik Lisa tawww terfikir rasa masam masam manis anggur Muscadine yang eksklusif tu. 

Eh. Okaylah awak. Cik Lisa nak pi togak Vivix Shaklee kat dapur tu. So, sampai sini je lah untuk hari ni okay? 


Semoga awak dapat manfaat dengan entri blog Cik Lisa hari ni, inshaALLAH.


Terima kasih dan assalamualaikum.

Related Articles

0 comments: