In Beli Produk Shaklee Daftar Ahli Shaklee Daftar Shaklee Happy Hormones Hidup Riang Ria Jujur Dengan Hati Shaklee Hulu Klang shaklee setiawangsa shaklee wangsa maju
Jujur Dengan Hati Wajib Untuk Hidup Riang Ria
Posted on April 14, 2017
Salam Jumaat ☺️.
Semalam Cik Lisa pi satu event ni. Event yang ada cenonet bilangan orang yang kumpul kumpul secara freestyle dan gaya santai. Dah berjaya bawak memori masa lampau.
Like seriously LAMPAU, datang selow selow dan terus tetiba cipta "knock, knock moment" kat hati sanubari Cik Lisa. Kat dalam kepala. Yang patutnya, memori tu dah lama kena tinggai. Sebab obviously lah dah bersawang bagai.
Konfem lah kan? Kalau baru setahun dua benda tu jadi, takdok lah rasa nak tersentuh sangat rasa hati ni. Sebab sah sah dah berkurun sangatlah.
Tapi, malam tadi memang serius tersentapp kejap (ceewahh! 😅), bila semua happy gilaaa masa sama sama lepak and gelak gelak.
Eh. Tapi sungguh taww!
Rasa macam wehh, aku dah kenapa nak rasa tak sedapp hati? Ke rinduuu kat moment yang dah lama pergi? Macam macam benda dan idea dah mula nak acah acah berdondang sayang dalam otak. Nak bagi suggestion kekonon its all your fault sebab kau yang gatai nak pi melepakkk!
Masa tu Cik Lisa rasa, fuuhhh! Serius tak tahu nak kata guana. Ibarat kepala kena hantokkk kuat kuat kat dinding, alaaa macam dulu dulu bila Cik Lisa selalu kena migrain! Sentap weh! Huntonglahh hati dan jiwa Cik Lisa masih sadoo dan air mata tak jatuh meleleh leleh.
Bila kita dah besar. Dah jadi orang dewasa, semua benda dah jadi serius semata mata. Kengkadang tu, makin hari ego makin lama makin meninggi. Kengkadang tu jugak, bukan sebab kita yang nakk.
Tapi sebab nak hidupp lama, wajib jadi sombongg gilaa. Sebab tu corak baru sampai dalam dunia alaf baru nak kenai kenai katanya. Entah. Susah nauu nakk explain kenapa.
Dalam tv kita biasa tengok movie, tapi actually dalam hidup kita sendiri ni pun ada derama taww yang lebih melebih lebihhhh lagi dari dalam tv.
Biasanya, mesti ada je moment kita selalu nak gossip selai dua kan, kekonon nak cerita cerita kata pelakon tu tak reti sungguh nak berlakon kann?
Konfemlah takdok rasa menda menda pong dok kondem orang sampai gittew sekali kan bila hidup kita sendiri ni pun memang penuh dengan lakonan. Pelakon depan belakang, kiri kanan. Dah expert, harus laju laju lahh nak bagi pendapat! 😅
Kengkawan sendiri pun tokleh nak kalah, sometimes tu serius rasa nak lelajuu jugakk angkat kaki dan cecepat blah.
Lagi lagi pulakk sekarang ni, bila masing masing dah besar. Dah tahuu nak pikir apa, nak buat apa, rasa dah besar kepala! Haha. 😅
Tapi, malam tadi memang winn!
Padahal, mana nak kenal sapa sapa kat situ. Kenal satu dua or maybe tiga jer camtu. Memang masa tu just rasa nak redahh dan berserahhh.
Gilaa gamble sebab memula tu dahlah cuma Cik Lisa sorang je pompuan yang kata nak join. Sibb baik ada kakak ni kata nak gi sesama so baru ada geng! If tak, konfem Cik Lisa sorang terkonteng konteng.
Masing masing, macam blur memula. Macam mula nak pikir, kenapa aku suka suka plan nak lepak? Sat lagi tokleh ngam, mula lahh rasa tak syiokk pastu menyesal takut tak pasal pasal kena kecam?
Tapi aturan ALLAH itu indah. Subhanallah, memang rasa grateful betul bila Cik Lisa decide nak redahh. Serius best kenal semua yang ada.
Tak rasa out of place pun langsung langsung. Tak rasa awkward langsung pun macam ala ala sekor je kucing dalam kandang kerbau. Atau anak kambing dalam kandang harimau. In fact, rasa syiokkk nauu nauuu you know?
Semua lain. Semua tak sama kulit. Semua tak sama jenis atau spesis. Masing masing ada bisnes yang tak sama. Masing masing jugak ada cerita yang berbeza, tak ada satu pun yang biasa.
Semua pun istimewa, fuhh! Macam macam cerita pun ada. Sampai Cik Lisa dah habis penat dok bulat bulatkan dan besar besarkan mata. Dengar kisah dan hikayat mereka mereka yang ada. Tapi. Itu yang jadikan kita ni sebenarnya, siapa kita. SUPER LUAR BIASA!
Tapi jugak. Lain lain pun kita semua, tapi semalam antara hari hari yang Cik Lisa memang rasa riang ria. Rasa seronokk gilaa sampai kejang otot otot pipi pipi Doraemon Cik Lisa dok gelak ketawa. Hati rasa kosong dan bebas dari semua benda. Tak payah nak kalut dan sibuk sibuk nak pening kepala untuk pikir apa apa.
Bukan kenal satu pun yang ada, tapi boleh ngam cam gittew je dalam sekelip mata? Macam "pooff" terus boleh gurau senda and cakap macam macam benda. Magikal sungguh bila pikir pikir semula. Cemana boleh jadi semudah tu? Kenapa boleh rasa selesa dan tak malu malu?
Lepas dok acah acah uji kepala otak sendiri, akhirnya Cik Lisa dan dan tu jugak dapat jawapan yang pasti. Tahu dahhh nape. Tahu sangat dah cemana boleh jadi gittew selamba!
Sebab kannn... kalaupun kita semua tu lain lain jenis dan spesis. Tapi kita sesama ada pemikiran yang positif. Satu mindset yang sama tak perlu nak usaha atau nak buat buat sekepala. Benda tu jadi natural. Semulajadi. Omputih kata "same wavelength". Orang kita kata "sekepala". Eh. Ya ke? 😂
Sebab tu kita boleh duduk sesama semeja. Gelak gelak ketawa. Toksah nak pecah kepala pikir apa apa. Rasa syiokk dan riang ria hari raya, macam kita semua ni dah kenal lama. Bestt kannn?
Lagi syiokkk bila tahu yang kita tak perlu nak bermuka muka. Rilek rilek gittew boleh borakk santai santai camtu. Serius rasa macam kanak kanak dulu. Masa muda dulu dulu, apa jer yang kita tahu. Yang penting ada kawan kawan sekeliling. Tak payah sesusah nak serabut pikir apa nak buat lepas satu satu.
Itu lah yang buat Cik Lisa tersentap. Sentap jenis syahdu tapi ceria. Rasa sukacita dan bahagia. Rasa riang dan tenang. Rasa lega macam budak kecil dapat sekampit gula gula.
Sama macam kita masa tadika kecik kecik dulu. Pegi kelas, bawak beg galas. Waktu rehat, Cikgu bagi biskut masin cecah Milo. Borak borak gelak gelak sakan dengan kawan kawan sambil cecah biskut dalam air Milo suam suam kuku dalam cawan plastik kaler biru. Bukan sedap sangat pun biskut tu, tapi dok ligat makan lepas satu satu. Sebab dalam hati ada taman, lagi lagi bila ada ramai kawan.
Habis waktu makan, cikgu kata jom kita baca buku cerita kan? Padahal, cerita sama cikgu ulang ulang dari bulan lepas. Bukan tak tahu apa jadi kat puteri raja yang kena kidnap dengan nenek kebayan yang evil tu, tapi still rasa nak dengar lagi dan lagi. Sebab yang penting ada kawan kawan kita sesama dok dengar kat tepi.
Sama macam semalam. Rasa macam masa kanak kanak dulu. Duduk kumpul reramai keliling meja macam masa kat tadika tu.
Tapi cikgu tak hidang biskut masin macam haritu. Kali ni dah upgrade sikit, bila kita dapat makan kebab sedap sebab cikgu kata ini makanan special dalam menu.
Tapi kali ni jugak cikgu tak hidang milo suam suam kuku lagi dah. Cikgu kata kita minum air Xpresh, air lemon yummm sebab kasi cuci otak kita sikit bagi fresh!
Satu satunya benda yang tak ubah dari dulu, bila rasa satu rasa yang super best tak reti nak explain in kata kata kat dalam hati. Bila dapat duduk semeja dengan orang orang yang satu hati.
Sama sama and together gether boleh gelak gelak bagai nak rakk dan rasa happy siap rasa nak joget joget samba tanpa henti dan lompat bintang berkali kali sebab seronokkk dapat kawan kawan baru yang banyakk hikayat sendiri yang depa sanggup nak kongsi kongsi!
Awak cemana? Ingat lagi ke moment masa kecik kecik kat tadika dulu dulu tu? Ada tak rasa nak tersengih tak pasal sebab teringat masa mula mula kena marah dengan cikgu? Atau rasa sebak and syahdu bila pikir oh dah lamaaa nauu aku pi tadika dulu dulu tu dan my oh my, dah tua rupanya aku? Haha.
Kesimpulannya,
Peringatan untuk diri sendiri dan awak juga.
Dulu dulu masa kecik, kita tak payah pun nak pikir macam macam, nak takut takut amik risiko sebab kita hanya si kecil yang pi sekolah nak nyanyi nyanyi ABC dan makan biskut masin cecah air Milo suam suam kuku dalam gelas plastik kaler biru.
Sekarang. Kita jadi cepat kalut dan takut. Semua pun nak pikir, asyik asyik nak pikir sampai lelama terus jem dan serabut.
Bila dah serabut, sebab takut gagal dan langsung mati kutu... kita mula berjinak jinak nak 'berlakon'. Nak please orang tu, nak please orang ni. Semata mata sebab takut orang tak terima idea. Atau orang tak suka kita. Atau lagi parah, sebab kita dah jadi bukan diri kita.
Nak fit in the crowd, so kena berlakon jadi hipokrit yang teragung abad ini. Eh. Kena ke? Wajib ke? Harus ke? Kalau satu hari lupa skrip and dan dan tu kaku kejung atas pentas cemana? Bila semua cerita tak sama dan orang makin hari makin ramai nak mengata? Itu cemana? Bukan lagi horror ke?
TAZKIRAH JUMAAT Cik Lisa;
Moh lah kita semua jadi jujur dengan diri sendiri. Kenal siapa diri kita dan gunakan tu sebagai tapak untuk kita bermula. Toksah jadi orang lain. Tak berbaloi. Lupa skrip nanti, nayaa!
Dan sama sama lah kita usaha dengan gigih dan penuh semangat macam MRT yang lelajuuu berdessuppp pantas merentas landasan viaduct tu kat KL ni untuk jadi lebih baik dari siapa kita hari ini. 💪🏻
Dan untuk team Teh Tarik Tuan Irfan malam tadi, macehhh beribu ribu lemonnn sebab sudi kawan dengan Cik Lisa dan kongsi kongsi citer ohsem awak semua. Kita WAJIB buat lagi sesi ngeteh ni soon sebab malam tadi tu rasa kita baru dok panas enjin nak bersuai kenal ye dok? 😂
Fuhhh! Ni entry Cik Lisa paling panjang so far. Penat tak baca? Sapa baca sampai bawah ni sebenarnya? Ada ke? 😱 Haha. Kalau ada tu, tahniah! Saya sayangg kat awak sebab sanggup dan gigih baca satu persatu pot pet Cik Lisa ni. Macehh.
Assalamualaikum.
#TazkirahJumaatCikLisa #notetoself #alhamdulillah
Jujur Dengan Hati Wajib Untuk Hidup Riang Ria
Unknown
April 14, 2017
Unknown
Cik Lisa memang suka pot pet beria ia dan truthfully, Cik Lisa sangat sangat terharu dan berbesar hati sebab awak singgah blog Cik Lisa untuk baca kisah hikayat hidup kita ni. Semoga semua yang Cik Lisa kongsi hari hari ada beri manfaat untuk awak dan bukan mudarat, ya? Terima kasih sekali lagi dan jangan lupa visit lagi.
Related Articles
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan