“Soya??? Tak mungkin lah aku nakk minum benda ni. Aku lelaki kannn? Tak nak aku! Mandul pulak tak pasal!”
“Hoih! Kau nak aku jadi lebut ke nak ‘paksa’ aku minum jugakkk protein soya Shaklee ni???”
Ni lah antara komen komen yang Cik Lisa dapat daripada either prospek atau customer sedia ada Cik Lisa taww! Nak senyum pun ada, but at the same time nak rasa kesian punn ada juga!
Dalam masa yang sama Cik Lisa memang tertanya tanya, kenapa lah mereka sibuk nak pikir sampai tahap gittew?
So, awak rasa rasa lah kan. Memang lelaki tokleh nak minum soya ke cemana?
Okay, mai sini Cik Lisa nak kongsi cerita kat awak hari ni. Bukan apa. Cik Lisa rasa kesian lah jugak. Sebab selama ni kenapa lah orang ramai dah tersalah anggap dengan soya. Dan kenapa jugak lah nak percaya one thing semata mata on the surface saja?
Soya. Semua asyik dok kata soya ni tak baik untuk laki. Soya ni buat orang laki mandul. Nanti tokleh dapat baby. Soya ni buat orang laki dapat hormon pompuan pulak dalam body. Lepas tu terus nak jadi lemah lembut tak pasai.
Betul ke gittew? Sampai teruk camtu ke soya ni sebetul betulnya?
=====
Camni kisahnya. Okay. Cik Lisa akan cuba sehabis baik untuk explain dengan bahasa mudah bagi senang paham. Lagipun, Cik Lisa ni kan bukan doktor kan? Cik Lisa paham sangat kot kalau terlalu teknikal pun nanti macam bluehh nak baca kan? Sebab banyak benda nanti susahh nak paham kan?
Soya.
Soya ni adalah dihasilkan dari kacang kacang soya. Dalam soya, ada
phytostrogen. Phytostrogen ni memang dibekalkan oleh soya. Phytostrogen ni ialah komponen dari tumbuh tumbuhan yang menyerupai hormon
estrogen dalam tubuh badan manusia.
Mereka selalu kata, bila minum soya banyak banyak, kandungan phytostrogen akan melambak kat dalam badan. Bila dah penuh dalam badan, hormon perempuan akan melebihi hormon lelaki dan tu lah yang lelaki sibuk nak kata nanti mereka jadi lembut! Haha.
Itu hanya akan berlaku kalau kita minum secara berlebihan. Macam 24 jam tu minum soya forever and ever and everrrr! Haha. Tak mungkin lah kan? Setakat minum in moderation; secara sederhana… cemana nak jadi lembut tu? Tak mungkin akan berlaku tahu tak?
Ada pulak yang sibuk dok canang cerita sana dan sini, bila phytostrogen berlebihan dalam badan, ia akan melekat pada reseptor estrogen. Bila dah lekat, ia akan menghalang estrogen sebenar untuk melekat dan ni akan halang proses pembiakan ataupun sistem produktif lelaki dan perempuan.
Ini lah depa kata nanti susah nak beranak. Bagi lelaki pulak, katanya nanti kondisi air mani jadi tak elok. Kurang kualiti. Bilangan sperma pulak makin kurang so susah nak dapat bayi. Katanya lah. Kata mereka tu semua.
|
Bukan lah nak kata apa apa, tapi tak nampak super yummyyy ke ESP campur buah buah camni? |
Ini jugak lah yang susah. Sebab hal hal separa maklumat gini lah yang buat orang rasa takut nak minum soya. Dan tak semena mena,
ESP Shaklee pun terkena tempias yang sama.
=====
Sebab banyak jugak yang awak tak tahu. Sebab tu lah awak rasa gittew.
Okay, kat sini Cik Lisa nak bitau awak. Nak bitau awak benda benda yang pasti. Yang konfem boleh buat awak rasa teruja dan terkejut gila. Sebab banyak benda yang tak sama macam semua benda yang awak dok dengar kabar berita.
🙋🏻 ESP Shaklee tu diperbuat daripada
non-GMO soya. Bila dengar ‘non-GMO’, ini maknanya genetiknya tidak diubah. Sebab GMO tu bermaksud
genetically modified organisms.
So takde bendasing dalam tu. Takde ujikaji yang menakutkan yang boleh mengubah organisma soya tu. Real. Tulen. Bukan buatan.
🙋🏻 Organik. Maksudnya; takde bahan bahan kimia terkandung dalam soya yang guna nak buat ESP Shaklee. Sebab tak guna racun perosak ataupun
pesticides sebab soya yang digunakan tu semua organik!
🙋🏻 Bila guna kacang soya, kekacang tu perlu dibersihkan sebelum diproses. Rata rata orang lain akan guna alkohol sebab murah dan cepat nak cuci kacang soya tu.
Tapi Shaklee menggunakan air untuk proses kacang kacang soyanya. Bila guna air, perlu dicuci berkali dan kos yang tinggi. Hasil soya yang tulen setulen yang mungkin!
🙋🏻 Tahu tak Shaklee amik berat pasal setiap pengguna yang ada sebab R&D (Reserach & Developement) Shaklee kos belanja sebanyak USD250 juta setiap tahun. Busuk busuk kira tukar currency Ringgit Malaysia adalah dalam RM1 billion setiap tahun! Ohsem ke super ohsem?
🙋🏻 Shaklee pulak tak main lah buat ujian klinikal setahun dua dan terus release produk mereka. Vitamin pertama mereka Vitalea menjalani ujian klinikal selama 40 tahun sebelum disahkan okay untuk dijual kepada pengguna Shaklee.
Sebab nak make sure produk tu selamat! Gila tak? Setahun RM1 billion kalau 40 tahun? Tekan tekan kalkulator dan jawablah sendiri.
=====
Phew! Rasa teruja dak? Rasa syiok dak bila dengar betapa suweetnyaa Shaklee ni jaga pengguna pengguna dia? Haih! Tak tahu nak kata lah kalau dah camni. Rasa nak menitik air mata pun ada. Hihi.
So, fikir fikirkan lah.
Dalam masa yang sama, Cik Lisa nak kongsi dengan awak juga Live FB Cik Lisa few days back bila Cik Lisa pot pet meriah pasal ESP Shaklee. Cik Lisa jugak ada cerita pasal kenapa ESP Shaklee ni WAJIB dan BAGUS SESANGAT diambik oleh cik abang sado dan pakcik hensem jugak.
|
Tahu ke kat kedai Jepun yang awak order Edameme Beans tu? Itu ialah kacang soya muda taww? |
Bukan sekadar, semata mata untuk mama mama yang mengandung. Bukan cuma untuk mereka yang dah bersalin. Ibu ibu yang ada, tapi untuk bapa bapa jua taww?
Sampai sini saja celoteh Cik Lisa untuk awak. Ada apa apa soklah boleh sangat nak
Hubungi Cik Lisa. Mudah je, isi form tu lelaju nanti Cik Lisa respond sesama laju macam awak jugak. Kalau rasa leceh nak isi form tu, boleh jugak nak:-
Harap awak dapat manfaat dari cerita Cik Lisa hari ni. Dan rasa kalau its worth reading, boleh dan sila lah share posting ni dengan kengkawan awak jugak. Okay?
Sampai sini je buat masa ni dan lain hari Cik Lisa pot pet lagi okeh?
Assalamualaikum.
0 comments:
Catat Ulasan