Kalau kita impikan satu satu perkara tu, benda tu takkan jadi kenyataan kalau ia cuma bermain di bibir semata mata. Perkara tu tak mungkin menjadi, especially kalau kita cuma mampu ucapkan hal tu saban waktu, tapi tak buat apa apa dan ia nampak cuma macam kata kata kosong yang tak bermakna selamanya. Sebab Impian Hanya Akan Kekal Sebagai Mimpi Tanpa Tindakan.
Setiap apa yang kita dream of tu WAJIB ada tindakan untuk sesuatu yang kita impikan tu akhirnya jadi satu kenyataan yang pasti.
Kalau setakat cakap cakap jer dan tak buat apa apa, awak rasa satu hari nanti ada miracle yang boleh ubah semua jadi kenyataan ke? Tahu kan yang Impian Hanya Akan Kekal Sebagai Mimpi Tanpa Tindakan?
|
Ni lah tourist attraction kat Dublin, Ireland |
Pengalaman hidup kat overseas tu jugak lah yang buat Cik Lisa belajar kejar bayang bayang. Dan kat sana jugak lah Cik Lisa tahu kita kena kuatkan diri untuk buatkan hari hari kita happy.
“Kejar bayang bayang? Itu kerja gila! Kejar sesuatu yang tak ada? Apa yang dapat? Selain penat?”
Betul lah tu. Bila mula kejar bayang bayang sendiri, baru lah tahu nak mengaduh hari hari. Sebab kejar sesuatu yang tak boleh dimiliki, baru nak padan muka sendiri! Syok sendiri kata orang orang yang tahu apa erti.
===
Hidup di perantauan dulu buat Cik Lisa jadi matang… tahu? Although duit gaji tak putus putus masuk, cukup bulan akaun bank tu tanpa gagal masukkan teruih duit sekepuk! Syiok. Sapa tak suka bila bulan bulan duit ada? Cost of living kat Dublin (Ireland) murah, nak compare kat Malaysia ni, YA ALLAH!
Orang sibuk akan kata, hidup kat oversea semua pun tak cukup makan pakai. Apalagi nak hidup gaya santai? Semua pun rasa rasanya mahai!
|
Ni kedai Cik Lisa kerja dulu: LUSH, Grafton Street Dublin |
Tapi sebenar benarnya, awak tahu ke? Hidup kat sana lagi selesa dan jimat kalau nak compare hidup huru hara kat negara sendiri yang kekononnya orang kata lebih selamat?
Tapi, macam yang orang selalu kata,
“Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari…”
Semua hancur berkecai bila masalah ekonomi melanda seluruh dunia. Dan semua orang tahu, bila masalah ekonomi dah mula mestilah construction industry yang paling kena beria ia! Masa tu tak tahu nak rasa apa. Sebab time tu dah rasa seronok dengan kawan kawan kat sana semua.
Obviously, kita yang last masuk dan paling muda… kita lah yang paling cepat kena keluar dan diberhentikan kerja (baca: let go; retrenched).
Masa tu jugak dalam hati dok celaru toksah nak kata. Dok kalut pikir dan tak tahu sungguh nak buat apa. Rasa tak best langsung hari hari pun tak tahu nak bertindak cemana.
At that moment, baru mid year tahun 2009. Baru je 3 tahun kerja kat company consultant. Nak buat cerita jadi lagi kalut, company tu baik hati sangat pulok pi daftar and sponsor kita part time class untuk another degree course kat uni situ bikin makin serabut!
Sebab ada another semester, kira final semester. Tapi, dah tak kerja? Cemana nak proceed gittew ajer?
Bila dah last day kerja, boss panggil untuk berdiskas seminit dua. Dalam hati dup dap dup dap ku rasa. Mana taknya, boss kita super cool sentiasa. Out of respect lah kan, kita memang terharu gila bila memula dia kata nak sponsor study fees kita.
Gila tak terharu, sebab it’s more or less like ‘no strings attached’ sort of agreement tahu ke? Orang gila jer yang takkan terharu bila dapat benda ohsem cam tu rasanya!
Boss kata, dia nak kita teruskan last semester. Jangan sia sia kan rezeki nak dapat another ‘scroll’ katanya.
Dalam masa yang sama, Cik Lisa dok ligat fikir dalam kepala. Kalau nak proceed last semester, aku ni nak kerja apa? Takkan hari hari nak makan pasir berulamkan jantung semata mata?
Pikir punya pikir, Cik Lisa akhirnya made my mind. Nasiblah apa nak jadi kali ni rasanya kan? Satu semester je, bukannya setahun dua!
Masa tu dok berusaha pujuk hati sendiri, sebab kekadang tu ada jugak rasa tak sedap hati. Nak bayar sewa, nak makan, nak naik train. Semua tu nak pakai duit, bukan sengih sengih manis dan semua pun dapat free ride kekonon, “just do it!”
Kan?
===
Memula, usaha lah dok cari kerja. Tapi, dah katanya masalah ekonomi dunia. Harapan tinggal kenangan lah nak ada offer kerja berselerak depan mata! Itu benda paling tak masuk akal sebab semua orang pun sibuk nak rebut cari kerja merata rata. Sebab ramai dah pun yang turut sama kena buang kerja!
Being sort of ‘newbie’ in the industry, lagi lah takdok orang nak nampak kelibat Cik Lisa ni!
Hari hari dok apply kerja sana sini. Masa tu college tengah cuti semester, so sibuk lah mencari kerja setiap pagi! Semua jenis industry Cik Lisa redah pegi. Masa tu tak kira dah nak dapat kerja apa, kalau kerja cleaner kat shopping mall pun kira dah hebat gila!
That’s how difficult life is masa tu tahu dak? Semua dok lumba lumba cari kerja dan savings makin tinggal serdak!
Faham tak bila Cik Lisa kata nak mintak kerja jadi Floor Manager (baca: cleaner) kat sana, gila struggle macam nak compete mintak kerja ala ala Director! Satu hari hantar surat mintak kerja merata, everyday tu hantar at least 30 application kerja paling minimum lah kiranya!
Dan Cik Lisa buat camtu hari hari, untuk tempoh 3 bulan tak pernah langkau walau sehari!!!
===
Bila hari hari dok dapat rejection letter dari company itu ini, masa tu positivity dalam diri dah mula pudar dan nak hilang dari pandangan sendiri.
Bayangkan, kalau dah gitu gayanya hari hari… sapa je yang takkan meroyan? Rasa rendah diri, rasa tak berguna lagi… dan macam macam negativity values dah mula nak kuasai diri.
Elok elok sebelum tu masih mampu nak gelak gelak riang. Lepas tu tak berapa rasa pun nak sengih atau senyum dah dari pagi hingga ke petang. Semua pun jadi tak kena.
Asyik asyik rasa nak marah sebab semua pun rasa tak munasabah. Akan ada je moment kita rasa tak puas hati dan eventually akan buat diri sendiri sakit hati.
===
Semester dah nak mula, Cik Lisa time tu lah rasa tak tentu hala. Kerja tak dapat dapat lagi, tapi kelas dah nak mula tak lama lagi. Serius ke nak kena makan pasir dan ranting kayu nak hidup pasni?
Jalan jalan kat town, lalu sebelah kedai sabun:
LUSH. Eh, eh! Nampak pulak ada iklan kat depan kedai. Kata ada kosong untuk sales assistant mereka nak pakai! Masa tu hati berdebar debar kencang. Ada tak peluang?
Nak jadi cerita, Cik Lisa yang tak pernah ada pengalaman menjual walaupun seketul benda. Cik Lisa dapat kerja tu, with one other candidate sebab mereka nak dua pekerja baru! Interview dah lah susah gila: kena cuba jual benda yang kita jumpa dalam beg kita dan dan tu juga!
Again, I have no experience in selling even a single thing. But Alhamdulillah… Tuhan nak bantu Cik Lisa yang mati mati kena dapat kerja untuk habiskan semester yang tinggal satu tu!
===
Kalau dulu Cik Lisa pakai baju ofis kemas kemas, kasut tinggi ktuk ktak ktuk ktakkk jalan dalam ofis dan laptop wajib dan harus di tangan nak buat kerja tak habis habis kan? Kali ni kehidupan seharian ternyata berubah segalanya.
|
Dalam kedai sabun ni, orang mesti rasa nak makan everything! Semua sangat yummm tahu ke? Balik kerja, Cik Lisa sangat wangi okeh?! |
Pegi kedai pakai gila santai. T-shirt hitam dan jeans biasa biasa jer. Sampai kedai, lelaju sarung apron kaler hitam, pastu lelaju pi duduk kabinet sabun diam diam.
Masa memula, gila cuak. Tak reti pun nak greet orang masuk kedai. Nak tegur dan borak borak, gila tak pandai! Lagi lagi pulak bila depa start tanya macam macam essential oils dalam tu. Haru biru!
Itu baru hari hari biasa. Hari yang luar biasa: bila hari
stock take atau bila stok baru masuk kedai! Ber
pallet pallet stok masuk dan trust me, those
pallets weighs tons!
Berat gilaaaa weh!!!
Bila kita mula susun produk kat setiap rak sabun time tu, tak mula lagi haru biru. Tapi, bila nak carry pallet turun naik tangga! OMG!!! THE WORST FEELING EVER!!!
|
Pallet kayu yang super-berat boleh patah riuk tulang okeh! |
Masa tu rasa nak menitik air mata! Bahu dan whole body rasa sengal beria ia. Dah kemas satu kedai lepas selesai, makin nak patah semua tulang dalam badan. Time tu lah rasa macam dah mula nak menjiwai nenek nenek tua, besa lah perasannnn!
Dan dan tu jugak, kedai nak kena cuci, kemas dan segala pulak! Bila kerja kedai sabun yang kita buat sendiri, tahu tahu je lah serpihan sabun sabun habis bersepah kat lantai kedai ni. Dah nak kena cuci mop satu kedai. Luas jugak lah lantai!
Dah pulak time tu lah dengan berbekalkan air penuh sebaldi, dengan hati yang tak berapa nak pasti rasa apa lagi. Kalau dalam kartun Disney, ada Cinderella yang cuci dapur berhari hari. Kat LUSH Dublin, kita ada Cik Lisa dengan mop dan baldi di malam hari.
Tapi, itu lah moment bila Cik Lisa mula pelan pelan belajar berdikari. Kalau dulu syiok je balik keje ofis, tengok tv sambil kaki dua dua belah angkat letak atas kerusi. Gaya santai habis lah! Time tu langsung takdak masalah!
Kali ni, memang jadi Cinderella moden kat perantauan. Rasa lah betapa seksanya nak menjalani kehidupan harian. Tahu kan gaji Cik Lisa kerja kedai tu cuma gaji minimum bulanan? Working hours pun bukan banyak mana, cuma cukup cukup makan.
===
But hey guess what?
Cik Lisa seronok dan happy. Hari hari pun rasa suka hati. Tak pernah sikit pun terasa nak berjauh hati sebab kenangkan nasib diri sendiri.
Sebab Cik Lisa kena kerja situ lah, Cik Lisa mula belajar cemana nak hadap masalah. Cik Lisa belajar cara hidup susah dan survive kat sana walaupun gaji tak banyak mana.
Alhamdulillah, Cik Lisa akhirnya berjaya habiskan ijazah kedua Cik Lisa kat sana. Mesti awak rasa macam tak berapa nak percaya? Cik Lisa yang lebih kepada budak nakai sepanjang masa, tapi ada dua degree di bahu dia?
Haaa… tu lah kan dah kata, don’t ever judge the book by it’s cover.
Kan?
===
Haha. So, there you go.
Semuanya pun boleh jadi, asalkan kita set sesiap mind kita untuk buat benda tu dan harus lah kita pasti! Setiap perkara yang kita mahu, wajib kita amik tindakan tapi tak perlu terburu buru. Cuma, kita sendiri kena ada matlamat yang kita sendiri tahu.
Tapi, kalau kita cuma cakap cakap kosong tanpa tindakan yang pasti, trust me… tak kemana pun kita pi.
Pengalaman Cik Lisa sendiri dah ajar apa erti hidup berdikari. Dan yang paling penting sekali, setiap apa yang kita impikan memang mudah untuk kita dapatkan. Tapi, harus disusuli dengan tindakan.
Bukan hanya duduk diam dan cakap cakap kosong atau tabur janji janji kosong yang berpanjangan. Sebab tu semua takkan berhasil. Tapi, setiap tindakan yang menentukan segalanya.
Tapi, Cik Lisa paham sebab kita semua ada kekurangan. Kita manusia kan? But selagi kita mampu dan kalau kita bebetul impikan apa yang dalam hati, kita patut cuba sehabis baik untuk jadikannya satu kenyataan dan bukan hanya setakat mimpi.
Semoga perkongsian Cik Lisa hari ni beri manfaat ya?
Terima kasih awak.
2 comments:
masa cik lisa di dublin, bukan cik lisa belajar jadi orang sahaja. tapi cik lisa belajar skill jadik deejay juga. doosh doosh doosh! pew pew pew!!! doosh doosh doosh!
Hahaha... You memangggg kan? ;)
Simpan lagi ke music beria yang I buat tu? :D Mesti dah jadi ringtone you pulak pasni kan? Eleh. Cakap je lah you miss kat I kann kan kannn? Haha.
Catat Ulasan