In 5 Jenis Sayuran Tak Patut Dimakan Mentah Alfafa Shaklee Beli Produk Shaklee Beli Shaklee Online pengedar shaklee hulu klang pengedar shaklee setiawangsa pengedar shaklee wangsa maju Tips Sihat

5 Jenis Sayuran Yang Tak Patut Dimakan Mentah

Lamanyaaa Cik Lisa tak pot pet kat blog ni kan? Ada yang tertanya tanya dak mana Cik Lisa dah hilang dan lenyap dari pandangan? Rindu lettew kat kita kan? Haha. So, nak hilangkan rasa rindu kat hati awak tu, hari ni Cik Lisa nak kongsi cerita tentang 5 Jenis Sayuran Yang Tak Patut Dimakan Mentah!

Pengedar Shaklee Wangsa Maju

Kat negara kita ni, ramai je sebenarnya yang kekononnya menjalani kehidupan ala ala mat salleh actually. Habis semua jenis sayur diredahi dan gamble sesuka hati nak kunyah kunyah riang all sorts of sayuran mentah. 


Betul lah… memang ada sesetengah sayuran elok dimakan tanpa perlu masak resepi pelbagai. Tapi, jangan tak tahu… banyak jugak jenis sayuran yang tak patut dimakan mentah tawww?


Sebab tu hari ni, sebab asyik dok tengok merata orang selamba je dok nyum nyum sayuran mentah sesuka hati dan perasaan… macam terdetik jugak lah kat hati Cik Lisa nak kongsi information yang agak important. Yelah, satgi seronok sangat dok kunyah, tak pasai sakit sana sini dan timbul pelbagai masalah. 


Ye dok? 





5 JENIS SAYURAN YANG TAK PATUT DIMAKAN MENTAH - APAKAH SAYUR SAYURANNYA DAN KENAPA?


Betul, yes… memang tak disangkal lagi kehebatan sayuran dalam diet harian. Memang kita kena rajin makan sayuran dan buah buahan… lagi bagus kalau kita makan setiap warna yang ada. Cukup serba serbinya, barulah sihat tubuh kita. 


Tapi, tak semestinya semua tu nak kena dimakan secara mentah like, gittew je. Sebab tak semua sayuran yang ada kat negara kita ni boleh dimakan begitu saja. 



Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Tahu tak sebenarnya raw carrots pun tak berapa nak okay?
Lagi better kalau dimasak sebab beta-carotene lebih mudah
diserap badan?


Biasalah orang kita, kekadang tengok mat salleh buat sesuatu… kita mesti nak buat jugak. Kekadang siap nak jadi lelebih dari mereka. Kononnya dah pandai lettew agaknya?


Dalam movie, Kiera Knightley yang comey tu dok kunyah krup krap krupp krappp raw carrots sambil tengok tv kat ruang tamu. Kita pun ligat kepala otak dok pikir tak benti,


“Hoihhh! Selim melim wehh pelakon cun melecun ni. Makan raw carrots selamba gittew je. Mungkin lepas ni makan semua vegetables yang raw boleh buat aku pun sama naik cun melecun dan ohsem macam dia kot!”



Dan dan pas tu awak ligat kunyah semua jenis sayuran mentah berhari hari. Tup tap tup tap… tetiba tido hospital seminggu lepas tu jadinya? kenapa? Food poisoning sebab gatai nak tunjuk pandai mengunyah sayuran mentah! 


So, hari ni Cik Lisa nak bagi heads up (baca: warning kecil kecilan) dulu siap siap apakah 5 Jenis Sayuran Yang Tak Patut Dimakan Mentah sebenarnya:-



⚠️ TOMATO


Haaaa! Terkejut dak? Yelah, syiok apa add in tomato dalam sandwic Subway kita? Baru rangup rangup sikit bila kunyah sandwic baguette yang makan satu je pun boleh tahan kenyang dia sampai tengah malam! 


Takkan tokleh nak makan mentah tomato ni sebenarnya?


Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Fuhhh! Suka fakta ni sebab Cik Lisa tak suka raw
tomatoes... unless yang kecil molek tu. Saiz normal tu macam
pfftt.. tak syiok! Haha.


Okay, untuk tomato… tak adalah sampai TAK BOLEH nak makan mentah langsung actually. Tapi, tomato adalah antara sayuran (atau buah buahan - dulu masa sekolah selalu ada isu ni kan? Tomato sebenarnya buah ke sayuran? Haha…) yang LEBIH BAIK DIMASAK untuk dapatkan nutrisi yang ada dalam buah tomato ni. 


Tomato mengandungi Lycopene (ia dikenali sebagai bahan yang mampu mencegah kanser / cancer-fighting ingredients) dan ia akan lebih mudah diserap oleh tubuh badan kita apabila tomato itu dimasak! So, sebab tu kita digalakkan untuk masak tomato sebelum dimakan untuk pastikan semua Lycopene dalam tomato mampu diserap sepenuhnya. 



⚠️ UBI KENTANG


Okay, memang lah tak ada sapa yang makan ubi kentang mentah kan? Tapi, mana lah tahu sifat ingin tahu dalam diri tu tetiba one day awak terfikir nak cuba? Just DON’T! Sebabnya, ubi kentang mentah mengandungi kandungan toksin yang sangat tinggi yang dikenali sebagai solanine. 


Selain daripada tu, ubi kentang mentah juga mengandungi anti-nutrients. Kita boleh kupaskan kulitnya satu persatu (memang kita tak makan sekali dengan kulit pun kan?), but then again… lebihan kanji dalam isi ubi kentang yang tak dimasak secukupnya atau mentah masih boleh buatkan kita terkesan dengan kandungan bahaya dalam ubi tadi!


Cik Lisa ada dengar jugak yang ubi kentang mentah ni contains hemagglutinins di mana ianya akan mengganggu fungsi sel darah merah dalam badan kita! Uishhh, scarynyaaaaa kan?



Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Tapi, errr... ada ke orang makan potato mentah? 



Dan ada dak berlaku kat awak ni sometimes, macam moment moment mengalami masalah kembung perut, perkumuhan, angin lepas makan makanan yang mengandungi ubi kentang - sebab tak cukup masak lettew!


See how bahaya ubi kentang mentah, sebab tu dia berjaya masuk dalam list antara 5 Jenis Sayuran Yang Tak Patut Dimakan Mentah ni taww! Careful korang!



⚠️ CENDAWAN


Sesetengah cendawan katanya boleh dimakan begitu saja! Kira ala ala roti Gardenia gittew! Haha. Tapi, sebaik baiknya… sila elakkan diri dari cuba nak jadi kebal dan makan mentah for all these cendawan. Bukannya apa. Lagi elok kita cegah sebelum kena. 


Sebab sometimes ada salad koktel yang mereka masukkan cendawan mentah sebagai salah satu sayuran dalam campuran. Kan? 


Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Yep! Ada orang sliced mushroom ni dan masuk dalam salad
mereka taww? So, please be careful pasni ya?



Mereka kata, cendawan mentah (cendawan putih) ni mengandungi agaritine (disyaki sebagai salah satu karsinogen) dan ianya toksik untuk badan kita. Karsinogen ialah penggalak kanser. 


So, pikir sendiri lah. Takkan kita nak jemput pulak sel sel kanser berpesta dalam badan kita dengan hanya kita suap beberapa ketul cendawan putih dalam mulut kita sekali sekala?


Let’s sesama elak elakan dari makan bebenda tak berapa nak normal ni ya? 



⚠️ ALFAFA


Betul. Alfafa mentah yang biasanya ada yang pilih untuk buat smoothie yum yum for breakfast di pagi hari. Sebenarnya, alfafa ni mengandungi toksik dan ianya mampu mengocak atau bahasa mudahnya, mengganggu sistem imun badan kita. 


Sebab tu bila nak consume apa apa produk yang mengandungi alfafa (especially bila seseorang tu adalah pesakit Lupus), kita digalakkan untuk konsult doktor dulu.



Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Cik Lisa ambil supplement Alfafa but totally tak lah Alfafa
mentah! Dah cuba sekali, rasanya macam makanan kuda. Eh!
Haha... rumput rumpai gittew.



Sebab ada sesetengah supplements (walaupun bukan raw vegetables), kita perlu konsult dan dapatkan nasihat pakar. Dan sebab tu, menurut kajian doktor doktor ternama, jika kita makan alfafa mentah ni secara konsisten, akan ada potensi untuk kena arthritis dan/atau lupus tahu takkkk? 


So, tak terkejut sangat kan yang ianya terkandung dalam 5 Jenis Sayuran Yang Tak Patut Dimakan Mentah? Supplement yang Cik Lisa dok makan tu ada Cik Lisa cerita dalam entri Set Detox Shaklee: Buang Toksin Hati Riang! dan Kesan Sampingan Set Kurus Shaklee



⚠️ SAYURAN HIJAU (PARSLEY, KUCAI, BAYAM, ETC.)


Kebanyakkan dari sayuran hijau seperti daun kucai (yang kita selalu goreng dengan kueh teow, uuihhh… yumss), bayam (macam Popeye makan dari dalam tin tu), parsley (kekadang kita campur dalam salad sayuran, erkkk!) dan macam macam lagi… sebenarnya tak elok dimakan mentah!


Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Tahu kan ni apa? Ni lah daun kucai. Kita masuk dalam
Kueh Teow goreng atau Char Kueh Teow. 




Dan kalau awak sedar selama ni, banyak dari sayuran hijau ni yang kita nampak femes nau nauuu kat Juices / Smoothies Bar kan? Especially, mereka yang health-conscious beria tu mesti nak minum sayuran hijau yang diblend hari hari. So, tu acaner pulak ceritanya?


5 Jenis Sayuran Yang Tak Patut Dimakan Mentah
Ini ialah parsley, kita masuk dalam salad usually. Rasa pun ada
ala ala rasa makanan kuda. Bersifat rumput rumpai gittew. Haha.




Sayuran hijau ni ada oxalic acid sebab tu tak digalakkan dimakan mentah. Oxalic acid ni boleh menganggu mulut dan saluran usus tubuh badan manusia sebenarnya. Selain tu, ia juga menghalang serapan zat besi dan kalsium dalam badan kita… sekaligus bagi potensi untuk kita terkena penyakit batu karang. 



Pengedar Shaklee Wangsa Maju
Haaa, bayam camni takpe. Sebab ni dah celur kan?



Tapi, kalau kita celur atau stim kan sayuran ni (sekejap pun jadilah!), kandungan oxalic acid dalam sayuran tu akan berkurangan. So, lepas ni ingatkan diri sendiri untuk tak galakkan diri makan sayuran hijau secara mentah gittew je. Okay? Since ianya adalah antara 5 Jenis Sayuran Yang Tak Patut Dimakan Mentah! 





5 JENIS SAYURAN YANG TAK PATUT DIMAKAN MENTAH - KESIMPULANNYA?


Bagi Cik Lisa, kalau awak bebetul sayangkan diri sendiri… so, pasni apa kata before nak cuba makan sesuatu yang baru, kita check dulu whether apa yang kita nak buat tu berbaloi atau tidak. 


Yelah, bila Cik Lisa sendiri dapat tahu ada banyak nau nauuu rupanya sayuran yang tokleh nak makan mentah! Homaigodddd! Rasa horror giler okeh?


Sebab kekadang tu kita rasa kita dah habis berjaga jaga. Dan sadly, mindset orang kita ni usually kalau mat salleh buat gittew, so meaning kita pun boleh jugak nak buat benda tu. 


But then again, tak semua benda yang mat salleh buat adalah sesuai untuk kita turut sama buat!


Kita kena pastikan semuanya especially benda yang libatkan kesihatan kita. Kalau kesihatan sendiri tak apa lagi, but if it involves your whole family… plis periksa dulu serba serbinya. Kannn?


Harap harap perkongsian Cik Lisa kali ni ada beri manfaat untuk awak hari ini dan jom lah kita sesama jaga amanah ALLAH ni iaitu diri kita sendiri. 


Maklumlah, jangan abaikan tanggungjawab kita untuk pastikan diri kita sentiasa dalam kesihatan yang baik so that kita boleh lakukan ibadah yang sepatutnya. 


Terima kasih dan I’ll see you guys in my next entry ya? 



Assalamualaikum. 

Related Articles

1 comments:

Dunia Zumal berkata...

Baru zumal tau betapa banyak kesilapan selama ni duk makan sayuran ni mentah2... Ish ish... Nasib ada perkongsian Cik Lisa ni...