In Bahaya Nasi Putih Karbohidrat Baik Karbohidrat Jahat Kebaikan Nasi Putih Keburukan Nasi Putih Khasiat Nasi Putih Manfaat Nasi Putih Saya Suka Makan Nasi

Saya Suka Makan Nasi

Saya Suka Makan Nasi. Haa… itu pengakuan ikhas dari Cik Lisa untuk awak hari ni. Tak kisah lah dah pi jauh merantau dan kerja oversea di sana sini. Nasi tetap menjadi pujaan hati. Setiap kali, nasi lah yang jadi menu utama dalam hidup Cik Lisa setiap hari! Sebabnya, Saya Suka Makan Nasi. 


SAYA SUKA MAKAN NASI 


Awak suka makan nasi? Kalau suka, then kita dua boleh jadi geng untuk mereka yang suka makan nasi beria ia! Seppp sikit! Haha. Kadang kadang, ada je orang tanya Cik Lisa taww! Depa kata, 

“You ni dah pi oversea merata rata. Biasanya, orang dah pandai nak makan makanan yang mudah nak dapat kat sana. So, tak adalah nak makan nasi je semata mata. Tapi, you ni syiok betoi nak makan nasi sepanjang masa? Dah kenapa?”


Bahaya Nasi Putih




SAYA SUKA MAKAN NASI - TAK KISAH LAH DI MANA MANA PUN KITA MASA TU


Haaa… time ni lah Cik Lisa nak beria ia buka cerita. Bukannya ada rahsia yang tersingkap di sebalik celah memana. Dah memang Cik Lisa ni suka nau nauuu nak makan nasi. Entah kenapa. Dah orang Asia tulen agaknya? Haha. 


Bahaya Nasi Putih
Syiok kan? Nasi panas panas dengan daging goreng
kunyit? Aduhai!

Tapi, regardless boleh speaking English cong ceng cong ceng cemana sekalipun, tekak Cik Lisa masih suka dan enjoy nak makan nasi untuk makanan harian tak kira di mana ku berada. Ceewahhhh! 


Sebabnya, mudah je… sebab Saya Suka Makan Nasi. Dah tu, nak cakap cemana lagi rasa rasanya? Haa... ni belanja video betapa gembiranya Cik Lisa, sebab clearly Saya Suka Makan Nasi!



 SAYA SUKA MAKAN NASI - 3 KHASIAT NASI PUTIH


Walaupun Cik Lisa ni dah awal awal declare kat semua dan kata, “Saya Suka Makan Nasi” but ianya tak bermakna yang Cik Lisa tutup terus anak tekak untuk cuba makanan lain yang ada. 


In actual truth, Cik Lisa basically boleh je makan semua benda. Tapi, nasi tu dah macam staple food dan wajib lah ada kalau boleh diusahakan. 


Bahaya Nasi Putih
Aduhai! Masak lemak cili api pulak dah!



Bagi Cik Lisa nasi baru tanak dan panas panas berasap dan digandingkan dengan telur dadar fluffy macam Cik Lisa pernah share resepi kat FB itu hari. Fuhhh! Layan sungguh tahu dak? 


Oh! Jangan lupa tuang sikit kicap Kipas Udang tu kan… Haihhh! Cukup dah untuk Cik Lisa gittew actually. Tak payah nak lauk fancy fancy. Haha. 




So, alang alang dah entri kali ni bertajuk Saya Suka Makan Nasi… Cik Lisa nak amik kesempatan untuk kongsi 3 Khasiat Nasi Putih untuk kita semua jadikan pedoman. 



MEMBEKALKAN TENAGA


Nasi putih mengandungi karbohidrat dan badan kita perlukan karbohidrat untuk badan kita punyai tenaga. Kalau kita kurang amik karbohidrat dalam diet harian, kita konfem akan terlepek sendirian sepanjang zaman! 


Khasiat Nasi Putih
Ini a whole set of level kelas atasan! Nasi Daging weh!
Nanti one day Cik Lisa share resepi. Cik Lisa pandai buat ni.

Bayangkan macam mop basah yang kita guna untuk mop lantai…? Haa, tanpa karbohidrat kita akan terlepek kesedihan lah jawabnya!



MENGAWAL DARAH TINGGI


Sebab nasi putih mempunyai kandungan sodium yang rendah, kita boleh kawal darah tinggi dalam badan kita. 


Sodium boleh menyempitkan arteri dan saluran darah kita, sebab tu lebihan sodium dalam badan boleh dedahkan kita kepada potensi untuk diserang strok atau darah tinggi. 



MENCEGAH OBESITI


Nasi putih baik untuk kita sebab ianya tak ada sodium, kolestrol atau pun lemak yang boleh mebahayakan badan kita. Dengan kandungan yang rendah sodium, kolestrol dan lemak, nasi mampu untuk mencegah kita semua dari obesiti atau apa apa jenis penyakit yang berkaitan dengan peningkatan berat badan!


Khasiat Nasi Putih
Another mind-blowing dish untuk nasi putih. Cuma
berbentuk kotak tapi rasa dia, pehhh! Tergugat jiwa
dan raga. 




Memandangkan awak dah baca celoteh Cik Lisa tentang 3 Khasiat Nasi Putih ni… so, logik sangatlah kan bila Cik Lisa tak henti henti dan seronok nak cakap kat awak semua yang Saya Suka Makan Nasi! Kannn?


Lagi kelebihan nasi putih boleh dibaca di artikel bertajuk 10 Incredible Rice Benefits.



SAYA SUKA MAKAN NASI - 3 BAHAYA NASI PUTIH


Ya, Cik Lisa mengaku walaupun dah awal awal declare yang Saya Suka Makan Nasi… tapi Cik Lisa masih berpijak di bumi nyata. So, Cik Lisa pun turut nak kongsi juga apa 3 Bahaya Nasi Putih ni dalam diet harian kita. 


Khasiat Nasi Putih
Nasi lemak lagi! Aduhai!



Adil dan saksama dak Cik Lisa ni? 


Mesti awak dok tersengih sengih sebab wonder apa pulak lah Cik Lisa nak kata kali ni. Haha. Okay, jom kita sesama baca apakah 3 Bahaya Nasi Putih ni dalam diet harian kita. Ada ke? 



PROSES YANG MELEBIH LEBIH (OVER-PROCESSED)


Tahu kan yang beras yang biasa kita tanak untuk jadi nasi putih hari hari tu bukanlah asalnya putih! Ianya dah melalui pelbagai proses yang ada untuk dapatkan hasil putih, mulus bak salji tu tahu? 


Sebab kandungan original dalam beras tu seperti husk, bran and germ dah dikeluarkan / dibuang darinya… sebab kan nak putih, mulus bak salji untuk hasilkan nasi putih nak makan hari hari? 


Khasiat Nasi Putih
Ini corak permainan lain pulak! Pulut pun
Cik Lisa suka jugak! Awak suka dak?



Bila semua tu dah dibuang, apa lagi yang tinggal untuk kita makan? Haa… essentially cuma sugar! Kandungan serat semuanya dah yilek, gone with the wind kata mat salleh. Pooof!


So, bila dah jadi gittew… sebab tu orang selalu kata yang kita toklah nak makan secara berlebih lebihan. Sebab dengan kadar kalori yang tinggi, kalau kita dok layan sampai tiga pinggan nasi setiap hari? 


Memang konfem lah berat naik beria ia dan pasni toksah nak bising lah dan kata diet awak tak jalan jalan.  Haaa… ada paham ka? 



MENGANDUNGI KARBOHIDRAT MUDAH (SIMPLE CARBO)


Nasi putih mengandungi karbohidrat mudah (baca: simple carbo) dan ianya tak baik untuk tubuh badan kita. Walaupun nasi putih dapat bekalkan kita dengan tenaga, ia juga dengan senang hatinya mampu naikkan kandungan gula dalam darah kita.


Dan dengan sekelip mata (especially kalau kita makan dengan seronoknya berpinggan pinggan nasi dan tak berjaga jaga!). 


Sebab tu kalau dah biasa makan nasi, tapi tetiba gatai nak skip meal  sebab nak turunkan berat badan kononnya. Tapi lepas tu, aihhh! 


Makan dengan beria ia dan tak hengat donia? Haa… itu sebab badan kita tetiba rindukan gula dalam nasi tu lah! Sebab tu nak diet, tak elok kalau kita nak skip meal. 



Selain tu, makan nasi putih secara berlebihan juga boleh dedahkan awak dengan potensi untuk dapat penyakit obesiti ataupun tambah berat badan yang melampau lampau lepas ni. So, hati hati ya? 


Dan… instead of nak makan nasi putih je berpinggan pinggan lepas ni, apa kata cuba cuba jugak untuk masukkan makanan yang mengandungi karbohidrat baik atau bahasa mat sallehnya, depa refer as resistant starch


Cik Lisa ada kupas pasal resistant starch ni dalam blog entri bertajuk 5 Makanan Untuk Kecilkan Perut Buncit Dengan Cepat  



KACAU SISTEM PENCERNAAN KITA


Bila dah sakan nak makan nasi berpinggan pinggan… dan dapat pulak jenis yang tak suka minum air kosong macam Cik Lisa di zaman dahulu kala, haihhh! Tepuk dahi je lah lepas ni. 


Sebab kandungan kanji dalam nasi putih tu masuk dalam sistem badan kita secara berlebihan, boleh buatkan kita akan mengalami masalah pencernaan. 


Kadang kadang ia boleh juga buat kita kena masalah sembelit yang kronik. Susah nak membuang!


Asyik hari hari tokleh nak pi toilet, then akan ada isu pulak kat usus kita. Lama lama, macam macam penyakit yang akan kunjung tiba. So, sebab tu lah bila kita nak makan tu seelok eloknya, kita berpada pada. Haa… gittew!


Pastu sesapa yang sama macam Cik Lisa di suatu masa dahulu tu… yang anti sungguh dengan air kosong, boleh rerajin kan diri pi baca blog entri bertajuk Tips Minum Air Kosong. 


Mana lah tahu pas ni terbuka hati awak tu nak mula cuba cuba test the water dan lelama lepas tu jatuh hati teruih dengan air kosong? 


Haa… baca taww!



SAYA SUKA MAKAN NASI - APA KATA CIK LISA?


Bagi Cik Lisa kan, sebenarnya isu ni simple je. Apa apa yang kita buat in life pun, sama ada tentang pemakanan, pemikiran, berkawan atau apa apa je lah… ianya perlu in moderation atau bahasa kita, berpada pada (wasatiah). 


Apa apa benda sekali pun, kalau kita over-do it atau nak mengada ngada lelebih dari orang lain… mesti hiruk pikuk lah jadinya kan? So, sama jugak makan nasi. 


Macam Cik Lisa, awal awal Cik Lisa dah announced kat satu donia, Saya Suka Makan Nasi. Tapi, itu tak bermakna yang Cik Lisa nak makan lima pinggan nasi setiap hari semata mata sebab Saya Suka Makan Nasi!


Berpada pada lah. Berhenti sebelum kenyang, bukan berhenti bila perut dah tokleh nak masuk apa apa dah lagi! Dah tersandar kat dinding baru lah rasa takmo tambah nasi dah? Haha.


Ni belanja video makan nasi kat Seremban hari tu dengan Masak Lemak Cili Api yumss. Kalau tak boleh klik atau tak ada visual, , boleh lihat di blog entri bertajuk Masak Lemak Cili Api Yang Sedap



SAYA SUKA MAKAN NASI - CIK LISA KONGSI POT PET LIVE FB UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA 


Bawah ni Cik Lisa ada kongsi Live FB Cik Lisa tengahari tadi tentang 5 Tips Nak Turunkan  Berat Badan Dengan Cepat.





Ini pulak perkongsian Cik Lisa dengan awak semua betapa syioknya makan nasi kandar kat Penang masa Cik Lisa pi jenjalan ke Utara hari tu. Speaking of which: yes! Nanti Cik Lisa update soon k?




Rasanya sampai sini lah dulu pot pet Cik Lisa untuk hari ini tentang betapa Saya Suka Makan Nasi. But at the same time, Cik Lisa berkongsi dengan awak semua baik dan buruknya nasi putih dalam diet harian kita setiap hari. 


Semoga awak dapat manfaat dari perkongsian Cik Lisa petang ni ya? Sampai jumpa lagi di lain entri, inshaALLAH. 



Terima kasih dan assalamualaikum. 

Related Articles

0 comments: