Sekarang ni pun, saya ni masih lagi bilis yang berenang guna oksigen tahu tak? Bilis yang masih tak reti nak berenang.
Terkial kial cari ritma untuk berenang, untuk tahan nafas, untuk selamatkan diri sendiri bila arus laju dari biasa dan untuk membesar jadi jerung, suatu hari nanti. Jauh lagi perjalanan si bilis ni kan?
Itu aktiviti dan teamwork dari kumpulan bisnes yang sama. Macam yang awak semua dah tengok kan? Aktiviti team Superstars Shaklee kami sendiri memang selalu penuh dengan aura positif yang melimpah ruah. Kan? Awak semua sedar kan?
Walaupun gitu, saya masih percaya dengan terma,
“Bila kita nak berjaya, kita tak boleh rasa selesa dengan kedudukan di mana kita sekarang… di ‘comfort zone’ kita kan? Tapi, kita kena lah keluar dari kopompong selesa kita tu. Kena keluar untuk bersuai kenal dan merapatkan silatulrahim dengan semua orang; terutamanya yang mempunyai aura positif”
Kenapa perlu dengan aura positif?
Kenapa harus seiringan dengan niat untuk berjaya? Ingat tak bila saya cerita di laman Facebook saya; Cik Lisa Wangi bila saya kata circle positif tu sangat penting untuk kita kekal dengan mindset dan niat yang betul.
Sebab dengan mindset dan niat yang betul lah baru kita boleh sampai ke puncak. Tanpa sesak nafas atau rasa gundah gulana.
Kalau mindset dan niat kita tu salah, memang mungkin kita boleh sampai ke atas sana, tapi akan tenang ke hati kita waktu tu?
Kak Jem dan Saya! 😍 |
Hihi.
Awak rasa kenapa saya suka sangat kumpul kawan kawan positif kat FB saya tu?
Kenapa?
Saja nak buat buat ramai kawan?
Saja nak acah acah berbaik dengan sifu sifu dan mereka yang ulung tu sebab nak dapat tempat teratas dalam kelas?
Saja nak pose ohsem sebab bila buat baik dengan sifu sifu dan mentor mentor termasuk setiap profile positif tu; boleh terus naik ke puncak macam seorang selebriti dan build up personality sendiri sebagai seorang selebriti ohsem macam mereka tu?
Atau rasa saya buat buat gini dan cuba berbaik dengan mereka sebab ada udang di sebalik batu dengan agenda saya yang tersendiri untuk naik atas cara gitu?
Buku Pertama Kak Jem 😊 |
Macam dulu; Mama saya dan kawan kawan rapat saya pernah kata,
“Awak ni memang peramah. Friendly sungguh. Semua orang nak tegur tak kira kenal ke idok. Senang buat kawan, terus sembang macam kenal lama!”
Dan, Mama sambung kata;
“Masa kecik kecik, orang dok risau kena culik! Sebab sengih dengan semua macam dah kenal! Bahaya sungguh!”
Ni kategori jerung lah ni!
Terharu ke terharu bila kami berjanji nak jumpa (panjang cerita dia; dari patutnya nak deliver buku… sampai lah ke sesi berdating serap aura positif dia malam ni!). Lepas setuju nak jumpa kat mana semua, kedip kedip mata saya;
“Uish! Sungguh ka? Betui ka ‘BIG FISH writer’ ni nak jumpa kita? Serius kah? Biaq betui???”
Sweet tak? 😍 |
Serius.
Ada lah few orang tertentu yang dekat di hati saya yang tahu awal awal pasal meet up ni, naik cemuih dah dok dengaq saya ulang lagi dan lagi. Asyik asyik dok tanya mereka ni, betul ke Kak Jem ni nak jumpa kita kan?
Buku Kedua Kak Jem 😁 |
Dan saya syukur sangat sangat sebab meet up sepanjang 2 jam (initially janji sejam setengah je, hihi… but alhamdulillah kami sambung lagi pastu).
SIAPA JAMILAH JAAFAR? 😱
Sapa Kak Jamilah Jaafar ni? Awak semua kenal dia tak?
Semua posting dia kelakar sungguh. It’s deep, but secara santai. Rilek rilek gitu. Bahasa senang faham, tapi percayalah memang “deep” content yang nak disampaikan. Makin lama, makin syok. So, set dia “see first” sebab nak tahu lagi, lagi dan lagi. Cara penulisan dia ohsem.
Buku buku dia bertajuk "Laki Aku Negro; Kau Peduli Apa?" dan "Afrika Aku Mai Lagi". Tapi Kak Jem guna nama pena dia untuk buku buku dia sebagai Dr. Hayya Bilal
Nota kaki: Saya dah dapat persetujuan Kak Jem untuk tulis posting ni tau!
PENDAPAT SAYA TENTANG KAK JEM? 🤔
Pendekkan cerita; (maybe sebab saya ni dok komen posting dia macam novel kan? Macam nak lawan posting dia pulak panjangnya kan? Hihi), one day dapat notification jadi “friends” dengan dia.
Sapa tak excited!
Ingat tak? Kita kan bilis dengan tong oksigen? Tetibe dapat peluang “friends” dengan jerung. Terharu masa tu. Sungguh.
Serius, Kak Jem ni sweet!! 😂 |
So, berjumpa lah kami malam tadi. Borak borak santai. Serius Kak Jem ni sempoi. Best borak dengan dia. Dia baik sangat. Dan as always lah, orang yang berjaya memang akan ada sifat humble mereka tu. Rendah diri sangat sangat.
Seronok bercakap dengan dia. Alih alih sekejap je masa berlalu gitu je. Tapi, sangat banyak ilmu yang indirectly saya dapat dari dia. Dan syukur pada ALLAH sebab dipertemukan saya dengan Kak Jem.
UNTUK PEMBACA KESAYANGAN SAYA 😘
As always, terima kasih untuk pembaca saya yang rajin nak baca sampai akhir posting. Ya, saya tahu posting saya dah macam lembaran suratkhabar.
Dan saya tahu saya takdak bagi hadiah untuk pembaca pembaca saya buat masa ni, tapi sila take note yang saya sangat sangatlah appreciate awak semua sanggup baca posting saya yang tak habis habis ni tau!
1 comments:
Bestnya cik Lisa jumpa novelis ��
Catat Ulasan