In Baju Muslimah Baju Muslimah Terkini Baju Muslimah Trendy Blouse Muslimah Blouse Muslimah Terkini Blouse Muslimah Trendy Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017
Baju Muslimah Terkini
Posted on Mei 27, 2017
Bila bulan posa menjelma, time tu jugak lah kita sibuk dok cari baju apa nak pakai time raya. Kalau zaman dulu dulu, kita yang pompuan ni mesti kalut nak cari baju kurung atau kebaya yang ayu. Tapi, zaman dah berubah dan sekarang ni ramai pulak dok cari Baju Muslimah atau kekadang depa refer to as Blouse Muslimah.
Banyak tempat dok jual memacam jenis Baju Muslimah Terkini dan Baju Muslimah Trendy. Tapi, bukan senang nak cari yang cun cun terletak kat badan kita yang macam macam bentuk ni pulak. Lagi nak buat kalut dan haru biru, bila depa dok jual satu saiz jer kan yang muat muat badan tu. Kalau terlebih berat sikit, oopss! Terus tak muat dan alih alih nampak sendat! Tak syiok lah kan?
Macam yang Cik Lisa ada cerita di entri blog Baju Muslimah Eksklusif - Sameera Muslimah Boutique, Cik Lisa kenal Cik Puan Mira sebab dia kawan Cik Lisa dalam group The Protege dan Cik Lisa memang kagum betul dengan usaha Cik Puan Mira ni.
Dia bermula dan terpikir nak buat bisnes ni bila satu hari tu dia nak pi holiday… so mula lah kalut nak cari baju kan? Bila travel mesti nak cari yang mudah nak bawak so tak perlu nak iron. Takkan pi berjalan satgi nak amik gambar nampak baju kedut seribu?
So, one day Cik Puan Mira jumpa satu tailor ni yang memang buat blouse dan dia mintak 10 helai terus senang nak bawak berjalan kan? Alang alang apa salahnya? Balik dari holiday dan upload gambar semua: maklumlah, baru balik bercoti kan?
Ramai pulak berminat nak tahu baju Cik Puan Mira ni. Lepas satu satu orang dok tanya dia mana beli dan berminat nau nauu nak beli jugak! Bila dah nampak ada demand tinggi kat situ, dia pun mula secara kecil kecilan dari tahun 2009. Masa tu hanya sebagai bisnes online jer. Dah kata kecil kecilan kan? Itu pun dari rumah dan bukan besar besaran.
Ramai suka dengan design Baju Muslimah Trendy Cik Puan Mira ni sebab lain dari yang lain dan beberapa ciri ciri Baju Muslimah Terkini yang susah nak cari kat luar sana. Kelebihan Baju Muslimah Terkini dari Sameera Muslimah Boutique ada Cik Lisa explain in detail di entri blog bertajuk Baju Muslimah Eksklusif - Sameera Muslimah Boutique
Makin lama makin ramai peminat Sameera Muslimah Boutique dan akhirnya Cik Puan Mira pun mengorak langkah yang lebih jauh dalam bidang bisnes apabila akhirnya dia amik keputusan untuk buka retail outlet di Seri Kembangan, Selangor.
Baju dari koleksi Madeena ni Cik Lisa paling tertarikkk! Sebab lain dari yang lain dan material dia yang diperbuat dari cotton tu yang win tu! Sebab bukan apa: Malaysia ni kan cuaca OMG! Kejap panas, kejap sejuk… tapi sejuk pun macam humid semacam. Berpeluh tu toksah nak cerita lah!
Tapi bila material cotton ni: dia serap peluh. So, kalau kita pi berjalan tu… bila berpeluh sikit. Takde lah nampak serabai tak tentu hala.
Lagi satu yang syiok ialah cutting Baju Muslimah Terkini dari koleksi Madeena tu sendiri. Sebab instead of cutting besa besa jer, koleksi Madeena ni ialah blouse cutting berbentuk ‘A’. So, regardless of apa pun shape badan kita, takde lah kita rasa sempit dan sendat tak selesa bila nak berjalan kan?
Lagi lagi cuba bayangkan bila kita pi open house, bila nak duduk tu… perut dah penuh kan? Uishhh! Seksa sungguh nak bernafas ye dok? Ha… koleksi Madeena ni lah yang akan menyelamatkan awak semua dari bencana tipikal di hari raya tu!
Tak perlu nak bersiap 2 jam dari awal sebelum nak keluar bergembira adalah salah satu dari win point koleksi Madeena ni. Sebab material Baju Muslimah Terkini ni ialah ironless! Kita tak perlu nak sungguh sungguh main seterika tu sebelum nak keluar berjimba jimba!
Cik Lisa tak tahu awak semua ni cemana, tapi Cik Lisa memang tak suka menyeterika! Haha. So, inilah Baju Muslimah Terkini yang ohsem untuk kita kita yang malas nak gosok baju ni taww!
Ada beberapa lagi ciri ciri ohsem Baju Muslimah Terkini dari koleksi Madeena ni yang Cik Lisa dah pot pet di entri blog satu lagi bertajuk Baju Muslimah Eksklusif - Sameera Muslimah Boutique
Sempena Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017, Cik Puan Mira dah berbesar hati untuk berkongsi promosi dari koloborasi kami ni dan menawarkan tawaran eksklusif lagi ohsem kat bawah ni tawww!!!
😱 BELI 3 HELAI BAJU MUSLIMAH KOLEKSI MADEENA UNTUK RM 110!!!
😱 TAMBAHAN CASH VOUCHER RM 25 UNTUK PEMBELIAN SETERUSNYA!!!
😱 HADIAH 25 X PACKET RAYA YANG EKSKLUSIF DARI SAMEERA MUSLIMAH BOUTIQUE!!!
So, tunggu apa lagi? Ini lah masa yang sesuai untuk shopping Baju Muslimah yang cantik, anggun lagi bergaya HARI INI JUGA!!!
Eh chup! Awak tahu kan promosi kat atas tu hanya special Cik Puan Mira bagi eksklusif untuk koloborasi bersama Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017 kan? Kalau awak beli kat website, offer ni tak ada tahu? Haa, nampak tak eksklusif ke idokkk promosi ni? Best ke best?
Anyway, kalau awak lebih suka nak pi kedai dan belek belek baju tu depan mata sendiri kan, boleh jemput jemputkan diri ke Sameera Muslimah Boutique di:-
SAMEERA MUSLIMAH BOUTIQUE
5-2, Jalan 18/34,
Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor
03-8938 5839
Dan waktu operasi ialah seperti yang tertera di bawah ini:-
WAKTU OPERASI BULAN RAMADHAN
===
ISNIN-JUMAAT 10.00 pagi - 6.00 petang
SABTU 10.00 pagi - 5.00 petang
AHAD TUTUP
===
Baiklah. Cik Lisa rasa sampai sini dulu entri blog Cik Lisa untuk hari ini. Nantikan review untuk produk dan servis seterusnya esok dan hari hari yang mendatang.
Terima kasih untuk Cik Puan Mira sebab bagi peluang Cik Lisa untuk selitkan bisnes Cik Puan dalam entri blog Cik Lisa hari ini. Cik Lisa doakan semoga kita semua dilimpahi rezeki dan diberkati-Nya.
Terima kasih semua.
Aminnn.
Baju Muslimah Terkini
Unknown
Mei 27, 2017
Unknown
Cik Lisa memang suka pot pet beria ia dan truthfully, Cik Lisa sangat sangat terharu dan berbesar hati sebab awak singgah blog Cik Lisa untuk baca kisah hikayat hidup kita ni. Semoga semua yang Cik Lisa kongsi hari hari ada beri manfaat untuk awak dan bukan mudarat, ya? Terima kasih sekali lagi dan jangan lupa visit lagi.
Related Articles
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan