In Apa Itu Rawatan Bekam Pusat Terapi Bekam De Ieman Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017 Rawatan Bekam Holistik Rawatan Bekam Untuk Migrain

Rawatan Bekam Holistik

Siapa pernah buat Rawatan Bekam sebelum ni? Dan apa pulak maknanya bila kita asyik dengar orang dok sibuk diskas tentang Rawatan Bekam Holistik? 




Sejujurnya, Cik Lisa tak pernah lagi buat Rawatan Bekam, apalagi Rawatan Bekam Holistik seumur hidup Cik Lisa selama 35 tahun plus plus ni. 


Tapi, memang Cik Lisa sedia maklum lah bila orang dok sibuk sebut Rawatan Bekam, memang Cik Lisa tahu yang it involves gelas gelas kaca yang comel diterapkan kat bahagian badan kita dan ia secara langsung menyedut (baca: suck) kulit kita tu untuk sedut darah kotor dari dalam badan untuk sembuhkan sakit sakit yang kita hadapi. 




Betul ke terma atau definisi Rawatan Bekam tu memang macam tu actually?



⭐️ RAWATAN BEKAM HOLISTIK - APA ITU BEKAM?


Bekam ialah proses rawatan buang toksin dari badan melalui darah kotor dari permukaan kulit dan ianya diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat sejak dari dulu lagi. 

Mengikut definisi apa itu bekam (atau dikenali sebagai cupping dalam Bahasa Inggeris), Cik Lisa dah dapatkan pengesahan dari WebMd yang ianya dah wujud sejak dari dulu lagi, seawal 1500 Sebelum Masehi (SM). Bekam ni dah awal awal lagi praktis oleh orang orang purba Egyptian, China dan serata Middle East lagi.

Cupping therapy might be trendy now, but it’s not new. It dates back to ancient Egyptian, Chinese, and Middle Eastern cultures. One of the oldest medical textbooks in the world, the Ebers Papyrus, describes how the ancient Egyptians used cupping therapy in 1,550 B.C.”


Bila dah tahu satu, mesti nak cari lagi sumber sumber baru dan Cik Lisa pun jumpa beberapa artikel yang memang kata bekam ni dah lama dulu bermula dan memang disahkan ianya dipraktis oleh Rasulullah SAW dan para sahabat sejak awal zaman lagi. 


Maklumat lanjut boleh dibaca di entri Cupping Therapy (Hijama) oleh Mission Islam dan tentunya definisi lengkap tentang Bekam (Hijama) di Wikipedia. 



⭐️ RAWATAN BEKAM HOLISTIK - FAEDAH BEKAM?


Jadi, apa sebenarnya faedah yang kita dapat bila kita decide nak buat bekam? Mengikut sumber yang boleh digunapakai, banyak rupa rupanya faedah yang kita boleh dapat through rawatan bekam ni. 

Dulu dulu pun, Rasulullah SAW dan para sahabat guna kaedah rawatan bekam untuk merawat penyakit sebab kan dah cerita tadi yang rawatan bekam ni ialah untuk keluarkan toksin dari badan kita ni.




Macam yang Cik Lisa selalu dok pot pet selama ni, bila toksin penuh dalam badan secara tak langsung ia memudaratkan kesihatan kita kan? Contohnya: mula lah radikal bebas nak berleluasa dan buat kita semua ni dapat pelbagai jenis penyakit dan silap haribulan, penyakit kronik bagai!

Pengsan!

So, nak cerita lah kat sini… antara faedah rawatan bekam ni: keluarkan toksin dari tubuh badan kita, hilangkan migrain dan sakit kepala yang melampau sampai tokleh buat kerja, betulkan tulang belikat yang lari buat kita sakit belakang hari hari, buang angin dari badan, hilangkan rasa lenguh atau urat tegang yang sampai kita stress tokleh nak buat apa apa pastu kan dan yang ramai orang kita selalu ada masalah ni iaitu resdung. 




Wah! Banyak betul faedah rawatan bekam ni rupa rupanya?

Untuk mereka yang tak tahu cemana rasa sakit migrain tu, boleh refer entri Cik Lisa dulu dulu di Set Migrain Shaklee Berjaya Ciptakan Hidup Riang Ria Buat Saya




⭐️ APA ITU RAWATAN BEKAM HOLISTIK 


Mengikut bacaan Cik Lisa dan dari sumber sumber yang padu (ceewah!), Rawatan Bekam Holistik ni sebenarnya maksud dia gini: 

“… satu kaedah perubatan yang bersifat menyeluruh (holistik) di mana ia merawat rohani dan jasmani menggunakan sumber Alamiah (tumbuh tumbuhan, batu batan, haiwan) dan Ilahiah (Al Quran dan Hadis)”

Secara ringkas, ianya bermaksud yang although kita berusaha dan berikhtiar untuk sembuhkan sesuatu penyakit tu, ia tetap datang dari Dia Yang Maha Esa dan percaya untuk Dia yang menyembuhkan segalanya. 

Selain itu, Rawatan Bekam Holistik ialah di mana ia akan berpandukan pada titik titik di badan untuk gelas kaca diletakkan di setiap point (baca: titik) untuk nak mudah keluarkan darah kotor dari badan. 

Berapa titik diperlukan bergantung kepada condition sakit kita pada masa tu dan pembekam obviously lah akan buat check-up sebelum apa apa proses Rawatan Bekam Holistik dimulakan. 



Sebab tu mereka semua kata, sebelum nak mula Rawatan Bekam Holistik bukannya kita boleh mula selamba gittew jer tahu ke? Kena kuat mental dan fizikal sebab hoih! Kan nak keluarkan darah kotor dari badan… wajib lah nak bersedia mental, emosi dan semuanya kan? 

Eh chup! Awak dah tahu ke yang bila seseorang tu nak buat Rawatan Bekam, ada Persediaan Sebelum Dan Selepas Rawatan Bekam? Ha... detail kan? Kalau nak tahu lebih lanjut boleh pegi ke entri blog Cik Lisa bertajuk Persediaan Sebelum Dan Selepas Rawatan Bekam okay? 


⭐️ PROMOSI RAMADHAN 2017 SEMPENA RAMADHAN REVIEW CIK LISA WANGI 2017


Untuk julung julung kalinya dan sempena koloborasi bersama Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017, Tuan Abdullah Ramly dari Pusat Terapi Bekam De Ieman telah sudi untuk menawarkan:-


PAKEJ RAWATAN HOLISTIK BEKAM (TERMASUK URUTAN)



So, tunggu apa lagi? Ini lah the right moment nak cuba cuba cemana agaknya rasa Rawatan Bekam Holistik yang kita dok asyik dengar dengar before ni kan? 





Untuk tempahan atau maklumat lanjut, boleh terus hubungi Tuan Abdullah Ramly sendiri di:


011-2906 6915 (Abdullah Ramly)

011-2906 6915 (Abdullah Ramly)

011-2906 6915 (Abdullah Ramly)




⭐️ RAWATAN BEKAM HOLISTIK - PUSAT TERAPI BEKAM DE IEMAN


Tuan Abdullah Ramly merupakan salah seorang perawat di Pusat Terapi Bekam De Ieman. Mengikut sejarahnya, Pusat Terapi Bekam De Ieman dah bermula sejak 6 tahun yang lalu. 

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman blog pusat terapi itu sendiri di Pusat Terapi Bekam De Ieman atau di Facebook Fan Page di Pusat Terapi Bekam De Ieman



⭐️ APA PENDAPAT CIK LISA TENTANG RAWATAN BEKAM HOLISTIK NI?



Toksah pikir lelama dan jom cecepat hubungi Tuan Abdullah Ramly untuk book slot dengan segera atau boleh jugak kalau sekadar ingin bertanya dengan lebih lanjut tentang Rawatan Bekam Holistik tu hari ini. Takkan lah kita nak dok acah acah wonder sorang diri tak malu nak tanya sana sini? 

Elok amik peluang yang ada hari ini dan dapatkan konsultasi dari Tuan Abdullah Ramly tu HARI INI JUGAK! Betul ke betul? 


Macam Tuan Rafiq Sharman untuk slot Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017 semalam, Tuan Abdullah Ramly jugak merupakan #GengProtege Cik Lisa under The Hasbuls’ Brothers Protege tahu kan? 

Ha. Kami memang camni, bantu membantu sesama insan… ceewah!

===

Baiklah. Cik Lisa rasa sampai sini dulu entri blog Cik Lisa untuk hari ini. Nantikan review untuk produk dan servis seterusnya esok dan hari hari yang mendatang. 

Terima kasih untuk Tuan Abdullah Ramly sebab bagi peluang Cik Lisa untuk selitkan bisnes Tuan dalam entri blog Cik Lisa hari ini. Cik Lisa doakan semoga kita semua dilimpahi rezeki dan diberkati-Nya. 

Terima kasih semua.


Aminnn. 

Related Articles

0 comments: