In 3 Tips Pilih Baju Raya Untuk Baby Boy Baju Melayu Baby Baju Melayu Baby 2017 Marsya BabyShoppe Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017 Romper Baju Melayu Romper Baju Melayu 2017 Romper Baju Raya

3 Tips Pilih Baju Raya Untuk Baby Boy

Semalam Cik Lisa dok pot pet pasal Baju Raya Terkini 2017 untuk mommies out there ye dak? Atau aunties lah memana yang tak kawen kawen lagi macam Cik Lisa awak. Hari ni Cik Lisa nak kongsi pulak Tips Pilih Baju Raya Untuk Baby Boy yang cecomels ni pulak, so that all mommies boleh take note before nak pi shopping kan since hari raya dah nak menjelang tiba. Cewahhh, seronok nau nauuu lah tu nak beraya!

Romper Baju Melayu



3 TIPS PILIH BAJU RAYA UNTUK BABY BOY


Biasanya, time nak raya ni atau any perayaan yang besaqq kan… para peniaga kan usually sangat bijak pandai. Depa dah awal awal lagi seronok dok kalut nak prepare nak jual apa satgi bila hari perayaan yang besar besaran ni nak start. Sebab time tu lah depa nak keluarkan design cecomels untuk toddlers (baca: kanak kanak kecil between 1-3 tahun) yang pakai apa pun tetap nampak comel dan geram nak gomol!


Romper Baju Melayu


Tu lah terhasilnya baby rompers. Dan dari baby rompers ni lah para peniaga tu buat design baju melayu cekak musang, baju melayu tradisional, baju kebaya, baju kebarung, baju kedah, cheongsam dan macam macam lagi untuk baby. So, terhasil lah baju baju yang cecomels untuk mereka semua ni. 


Romper Baju Melayu


Sebab dah nak raya dan para mommies pun konfem nak mula shopping raya tak lama lagi kan? So, Cik Lisa nak amik kesempatan nak share 3 Tips Pilih Baju Raya Untuk Baby Boy:-




KUALITI


Baby ada kulit yang sangat sensitif. Maklumlah mereka kan masih bayi lagi. Jadi kulit mereka tu masih fragile, still. So, tokleh nak biar terdedah gittew jer especially fabrik pakaian yang macam macam jenis ada kat pasaran sekarang ni. 


Romper Baju Melayu


Sebaik baiknya, cotton atau kain kapas ialah yang terbaik untuk baby. Sebab kain kapas mudah nak serap peluh, jadi kurang masalah kat baby tu bila hadapi hari panas terik time raya nanti. 




WARNA 


Bila hari raya, mesti kita kalut nak amik selfie atau gambar reramai bersama keluarga tersayang. Besar keluarga kita, meriah lagi lah sesi bergambar… silap silap dari pagi hingga ke petang! 


Romper Baju Melayu


Tapi, jangan pulak kita pakaikan baby comel ni pakaian yang kaler gelap dan bosan. Dah lah mereka ni kecik molek, satgi pakaikan dia baju hitam… terus tokleh nak detect di manakah gerangan! Haha. Mungkin nampak macam seketul dot hitam jer? Tak kesian ke? 


Romper Baju Melayu


So, kita pakaikan lah baby cecomels ni kaler terang terang macam biru muda, hijau pokok pisang, kuning raja… basically semua kaler yang terang gila! Bukannya apa, kanak kanak kecil ni makin comel rupa mereka bila kita pakaikan yang terang terang kalernya! Baru nanti bila dah siap bergambar bagai, molek je rupa potret keluarga! Haa, best kannn? 




SAIZ


Ha, ini yang paling penting sekali dalam banyak banyak tips yang ada. Bukan apa, kalau baby tu kurus melidi… takkan ada masalah yang serius sangat rasanya. Tapi, ada ke baby yang kurus zaman sekarang ni? 


Kalau boleh, baju baby tu kita jangan beli asal yang muat muat jer. Tapi, beli besar sikit saiz dia bagi mudah nak bergerak dan tak tercekik sendat tak pasal pasal nampak seksi tak semena mena. Haha. 


Romper Baju Melayu


Lagi satu, baju tu kita kena pastikan dia longgar sikit bukan sebab apa… kita cuma kena pastikan yang peredaran darah dia tak tersekat, senak pulak budak tu satgi. Bayangkan: dah lah budak tu dengan pampers bagai! Pastu sebab dia tu baby yang chubby sikit, terus nampak macam senakkk nau nauuu pinggang dia tu! Tak kesian kat dia ke? 




===




Itu lah dia 3 Tips Pilih Baju Raya Untuk Baby Boy di hari raya nanti. Nampak macam dah tahu sebelum ni, tapi sebenarnya kita macam terkalih dan ingat ni dah take note awal awal masa tu kekononnya kann? 


Romper Baju Melayu




RAMADHAN REVIEW CIK LISA WANGI 2017 - MARSYA BABYSHOPPE


Sempena Projek Ramadhan Cik Lisa tahun ni, Marsya BabyShoppe yang dimiliki oleh pasangan suami isteri: Tuan Rizalman dan Cik Puan Shafinaz buat Cik Lisa jadi happy tak terkata bila depa turut sama nak join Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017 kali ni. 


Untuk yang tak kenal mereka, pasangan ni ialah HOT SEAT bagi #TheProtege untuk Majalah Niaga dan achievement mereka bermula dari bawah dan lepas tu meletops dengan sales yang ohsem gila memang boleh buat sapa sapa yang tahu kisah ni akan terinspirasi dengan sendirinya!


Marsya BabyShoppe


Untuk koleksi Baju Raya Kanak Kanak 2017, Marsya BabyShoppe ada design yang serba cantik dan moden untuk kanak kanak lelaki dan perempuan dan sempena Projek Ramadhan Cik Lisa tahun ni, mereka berbesar hati nak memperkenalkan koleksi Romper Baju Melayu baby boy di Marsya BabyShoppe. Percayalah kat Cik Lisa walaupun Cik Lisa takdok bayi kan… baju baju mereka memang comel gilaaaa!!!


Cik Lisa sendiri rasa nak beli setiap koleksi yang mereka ada. Eh!




TAWARAN HEBAT DARI MARSYA BABYSHOPPE UNTUK RAMADHAN REVIEW CIK LISA WANGI 2017


Untuk julung julung kalinya dan sempena kolaborasi bersama Ramadhan Review Cik Lisa Wangi 2017, Marsya BabyShoppe telah sudi untuk menawarkan:-


KOLEKSI ROMPER BAJU MELAYU YANG MENARIK UNTUK HARGA YANG BERPATUTAN
SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2017!!!


Romper Baju Melayu



Best kan offer yang ditawarkan oleh Marsya BabyShoppe ni? Rasa teruja tak nak cecepat beli Romper Baju Melayu ni untuk baby boy awak hari ini? 


Kalau rasa dah tak sabar sabar nak dapatkan Romper Baju Melayu dari Marsya BabyShoppe ni boleh sepantas kilat Whatsapp Cik Puan Zie yang merupakan Team Sales Marsya BabyShoppe sendiri di:-






dan dapatkannya HARI INI JUGA!


Romper Baju Melayu


Terima kasih untuk Marsya BabyShoppe sebab beri kepercayaan kat Cik Lisa dengan kesanggupan Team Marsya BabyShoppe untuk turut serta dalam Projek Ramadhan Cik Lisa tahun ini. 


Semoga kita semua diberkati-Nya, inshaALLAH. 



Terima kasih dan assalamualaikum. 

Related Articles

0 comments: