In gembira pengedar shaklee wangsa maju refleksi 2016 shaklee effect stress

Saat Yang Terindah 2016 - Bye Bye Ofis, Hello Shaklee

Daftar Jadi Ahli Shaklee, itu yang saya buat di akhir tahun ni. Dah Daftar Jadi Ahli Shaklee few years back but baru tergerak untuk Buat Bisnes Shaklee Online baru baru ni. 


Hari ni 19 November 2016 dah, jadi maksudnya ada lagi lebih kurang 42 hari je lagi nak masuk tahun baru, tahun 2017. 




Biasanya, time time ni lah or minggu depan; orang ramai akan sibuk nak pikir benda benda ni kan:-

🐰 semua benda yang berlaku tahun ni; baik ke, buruk ke, sedih ke, gembira ke;

🐰 apa yang sepatutnya dia lakukan dan apa yang tak patut (kira macam sesalan lah ni);

🐰 apa benda benda kebaikkan yang rasa nak ubah this year sebab nak jadikan tahun depan lebih baik dari tahun ni (kira macam resolusi tahun baru lah tu, cita cita untuk tahun akan datang. Katanya lah!); dan,

🐰 impian baru (setengah orang sibuk susun dulang dah, nak jadi isteri orang; nak beli kereta baru sebab anak dah ramai, nak start saving sebab selama ni lupa diri sebab seronok tengok duit, etc.).



Macam macam lah dok pikir sampai penuh lah list resolusi tahun baru tu kan? Setengah orang depa panggil ‘azam tahun baru’. Mana mana pun nama yang digunakan, but tahu lah kan apa maksudnya? 


Apa yang kita nak buat untuk datangkan kebaikkan kat kita and jadikan diri kita lebih baik dari diri kita yang sebelum ni, inshaAllah.


Bila kenangkan semua benda yang dah jadi sepanjang tahun ni, lama saya duduk diam terpikir. Benda baik dan benda buruk. Diam terpikir? 

Sebab apa diam terpikir? Sebab lama lama pikir, dalam dalam pikir, baru terdetik dalam hati ni… sepanjang tahun ni lah rasa rasanya banyak betul rasa sedih dari rasa gembira. 


Banyak betul benda benda yang berlaku tu dah buat hati rasa marah and eventually mesti lah stress tak tentu hala kan? Bila dah stress tu, mula lah sakit sana sini. Rasa stress tu bukan nya bagus pun. 



Bila kita stress, perut kita akan keluar kan satu asid ni dalam perut kita (‘acid reflux’). Hal ni sama kejadian dia macam kita kena gastrik tu lah lebih kurang. 

Perut merembeskan asidi. Bila ada asid dalam perut, sama lah macam gastik tu yang sometimes orang tertentu akan kena gastrik time bulan puasa kan? 


Sbb dia tak biasa takde makanan dalam perut, bila asid je ada, dia akan mengakis perut kita.

Tapi, bila stress… bukan stop kat situ je. Bukan stop bila dah kena gastrik. Ia akan berlanjutan dari situ, jadi lagi teruk dari setakat gastrik! 

Boleh berlanjutan sampai jadi ulser perut dan boleh membawa kepada kematian! Mati weh, mati sebab stress???

So, bila kita bercakap pasal past events, buat saya sendiri terpikir. Apa yang dah berlaku this year yang saya betul betul tak boleh nak lupakan? 

Benda yang betul betul buat saya relieved? Puas hati dan takde sesalan sedikit pun? Benda yang buat kita tersenyum sorang sorang tak pasal pasal sebab tak sangka kita akhirnya buat benda tu??

Berhenti kerja. Keputusan untuk berhenti kerja, akhirnya. 

Percaya tak percaya, saya dah kerja 12 tahun dah, if nak kira masuk tahun ni lah. Macam macam ragam orang yang saya berpeluang jumpa sepanjang tempoh tu. 

Ada yang garang sangat sangat lagaknya macam Mak Bawang Putih & Bawang Putih tu (alah, yang marah marah Bawang Merah tu - ni kira macam Cinderella versi Melayu lah ni). Ada pulak, yang baik nya sampai bila Client mula nak marah marah, dia ni boleh tunduk sengih dan redha?? 


Ish, pun susah jugak! Macam macam karakter lah kiranya. Awal awal dulu, ada moment yang saya rasa kecik hati, terasa, marah dengan semua orang keliling ni. Tahu lah kita ni lepasan ijazah, junior kan…? 


Tapi tak perlu lah nak layan macam kuli pulak! Hormat lah orang sikit, kan? 

Itu dulu. Sebab lama lama lepas tu, saya akhirnya malas nak layankan perasaan so redha je lah. 

Tapi, kita ni manusia kan? Bukan malaikat. Niat di hati memang mulia, tak nak kisah apa yang berlaku. Nak buat kerja dengan ikhlas dan jujur. Tak nak kisah dunia luar, sebab tak berbaloi. Itu awal awal lah kan. Macam saya cakap lah, niat tu dah cukup dah. Ada dah memula. Mula mula lah!


Bila kita ni lah umpama staff sorang sorang kat ofis yang harus buat keje tu, yang satu satunya lah nak kena buat semua list keje yang urgent, bila nama kita lah yang asyik asyik kena panggil bila ada task nak kena complete kan… macam lah kat ofis tu under senarai nama pekerja, nama saya sorang je ke??? 

Balik balik kita, balik balik kita… stress lah jugak kan? Meracau lah jugak! Bila keje urgent nak mati, siap on time, tak cakap apa pun. 

Pastu banyak banyak keje ada satu benda kecil tersilap (sikit je pun, tak major pun!), kena maki beria macam lah rugi habis company lingkup kan??? 


Siap kata kita takde otak? Kita tak reti nak berfikir? Kita buat keje sambil lewa? Kita useless? Serius ke macam ni?

Saya tak pernah jadi boss besar. Saya tak pernah lah nak ada company yang ada beratus ratus staff kan? 

Orang akan cakap saya tak tau cemana nak ada company, sebab saya tak pernah ada kan? Orang jugak akan cakap, saya ni sensitif sangat, senang sangat nak terasa. 


Kena lah paham situasi boss boss kat ofis tu kan. Betul. Memang. Saya tahu saya tak cukup bagus untuk memandai mandai nak rasa camni kan? Tapi, fikir lah jugak. Kita kena jugak hormat orang keliling. 


Orang ada hati and perasaan jugak. Bukan nya kayu kan? 


Lepas tu, bukan nya saya ni nak harapkan pujian menggunung ke, hadiah duit ke, apa ke bila dah buat keje banyak banyak tu. Although, banyak kali je macam kena buat benda yang tak patut pun sebenarnya! 


Bukan tu semua. Tapi appreciate lah sikit. Tak yah lah buat buat macam saya ni teruk sangat and menyusahkan company. So, benda benda camni lah yang menyakitkan hati. Tahu tak?

Tuhan kata, keje ni salah satu ibadah jugak. Bukan saje saje pi keje, stress camtu, balik umah, makan then tido kan?

Cuba pikir pikir kan… bila kita buat ibadah tanpa ada rasa ikhlas dalam hati tu. Rasa rasa bagus ke camtu? Elok ke camtu? Sama lah macam kita solat, solat maghrib lah katakan. 

Pastu, lepas solat tu dah plan nak pegi kedai beli groceries. Weekend grocery shopping sebab nak top up apa yang dah habis kat umah ni kan… Tengah rukuk, boleh terpikir pasal buah apa nak beli; pisang ke, oren ke. 


Masa tahiyyat akhir, dok pikir bawang besar ari tu dah beli ke? Ke ada lagi dua tiga biji? Nak kena beli sabun basuh ke? 

Semua tok nenek lah nak pikir time tu kan? Rasa rasa, horror tak camtu? Tak khusyu’ tu? 

After dah jadi camtu banyak banyak kali dan setelah banyak banyak hari jugak rasa tak puas hati, tak ikhlas, marah, stress dan semua benda lah, akhirnya buat keputusan nak berhenti kerja! 

Keputusan ni awal awalnya nak berhenti awal tahun hari tu. Then, tak jadi. Tak boleh. Semua boss berjumpa dan berbincang. Sebenarnya, memang dah tekad dah. Tapi, pikir kan air muka depa. 


Takkan lah boss dah beria ia berjumpa and memujuk, takkan lah kita nak berdegil kan? Apa rasa mereka pulak nanti? ‘Kurang ajar budak ni!’ So, tak jadi lah nak benti. 

Pastu, bulan 5 baru ni lepas pikir pikir segala… akhirnya buat keputusan drastik tu. Nak berhenti. Saya nak berhenti jugak.  Nasib lah nak jadi apa pun. Boss panggil jumpa lagi, tapi kali ni tak semua. Cuma beberapa. 

Tapi kali ni, saya dah tekad. Lepas berbincang, akhirnya mereka setuju nak lepaskan saya. Phew! Akhirnya. Tarikh akhir di pejabat, akhir bulan Julai. Alhamdulillah.

Betul ke jadi camtu? Mesti lah TAK!!! 

Tup tup, mereka mintak tolong stay lagi sebulan. 

‘Tolong lah, kata mereka. Sebulan je pun, bukannya setahun. Bukannya ada keje memana pun lepas ni kan?’ 

Hati sakit, betul. Tapi tadah kan saje lah. Takpe lah nak cakap apa pun kan. Redha. 

Akhirnya, akhir bulan Ogos, saya bebas!!! Saya bebas dari keje yang sakit kepala dan yang boleh buat kita jadi tua! Bebas dari stress dan rasa tak best dalam hati tu, yang eventually boleh makan diri sendiri tu. 

Alhamdulillah. 


Tapi ada certain friends yang pandang serong! Pandang serong sebab pandai pandai berhenti keje tapi takde back-up plan. Macam tak pikir masa depan. Macam kanak kanak, ikut hati dan perasaan. Ingat diri tu bagus sangat, sampai nak merajuk berhenti keje bila boss tak puji.



Alhamdulillah lagi. 

Cakap lah nak cakap apa apa sekali pun. Saya tak kisah. Saya bersyukur akhirnya saya buat keputusan ni. Takde sesalan pun. Langsung takde. Ni, dah nak masuk 3 bulan saya off work. Seronok! Lepas tu, saya jumpa Mami. 


Saya terdetik nak buat bisnes Shaklee. Sebab tu saya cari Mami. Macamana boleh terdetik? Saya pun taktau. Cuma satu hari, terdetik. Dalam hati rasa perlu cari Mami. Perlu buat Shaklee. Buat bisnes ni secara full time. Apa saya dapat?

Dulu saya ingat, buat bisnes ni then dapat duit banyak, hidup kaya raya. Macam dalam drama tu lah. Tapi, Shaklee ni lain. Dulu mati mati saya ingat kita pikir sales. Kita pikir profit. Tu lah yang penting, apa lagi yang lain kan? Jualan langsung, sales lah! Takkan nak pikir kerugian kot kan? Tak business-minded lah camtu?! Kan?

Salah. 

Lagi lama saya buat ni (padahal baru masuk 2 weeks! Haha), lagi banyak benefit dia yang saya nampak. Mungkin ni tak sama dengan pandangan orang lain. Maybe awak semua akan rasa saya cuba jual produk and kaut keuntungan. 


Takpe. Pikir lah cemana sekali pun. Itu hak awak untuk berfikir, kan? Tapi, sejak saya join Shaklee saya bukan je tahu erti kekeluargaan, kasih sayang sesama Islam tapi jugak rasa semakin dekat dengan Allah. 


Setiap ahli keluarga Shaklee, biasa akan ingat mengingatkan sesama kita. Itu seronok. 


Sangat seronok. 

Dulu saya tak macam saya sekarang. 

Kalau kita nak bukak kisah silam saya, haih.. bukan lagi cerpen dah, Kiera. Tapi lebih dari cerpen! Mungkin dah setebal Kamus Dewan!!! Kisah silam saya boleh buat drama. Atau filem. Box office, kot? Tapi, itu semua dulu. 


Pelan pelan, cuba berubah. Tapi, recently… dengan Shaklee, banyak saya belajar. Banyakkk sangat2. Mungkin ada yang cakap, ‘Amboih! dah mula nak jadi ustazah pulak minah ni. Dia bukannya baik mana pun!!!’ 


Tak kisah lah. Saya tak kisah. Alhamdulillah. Yang penting, saya tahu apa saya buat. Tuhan tahu apa saya rasa dan niat saya. Tapi, Shaklee dah buat saya berubah positively. Aura aura positif sangat melimpah dan ni ialah benda bagus. Self-improvement. Dalam dan luar. 


Bagus benda ni. Sangat sangat bagus.

The fact that kita tolong orang, advise prospek tentang produk. Educate them and educate diri sendiri jugak. And, if dia purchase, beli, consume dan inshaAllah sihat… dah dapat pahala. Bantu sembuhkan orang dengan izin-Nya. 

Kumpul kebaikkan untuk dunia dan akhirat. Investment kini dan akan datang. Bagus tak? Bagus kann??  Tak tau apa awak nak rasa, tapi saya rasa seronok. Saya rasa tenang dan bahagia. 

Ini lah benda yang buat saya tersenyum, impak yang besar atas diri saya. tahun ni. Kerja gila? Tak lah. Sekurang kurang nya saya jujur dengan diri sendiri. InshaAllah, rezeki ada kat mana mana and rezeki tu pun datangnya dari Allah kan? 

Kita usaha lah, selagi yang kita mampu. Kan? Betul kan?


Ada perasaan dalam hati membuak buak nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? Dan lepas tu tak sabar nak beli Shaklee Dengan Harga Ahli yang sangat hebat tu? Tunggu apa lagi? Jom lah Daftar Jadi Ahli Shaklee hari ini okay?


Dan, jika awak pun ingin menjadi sebahagian dari Keluarga Shaklee Superstars kami yang awesome dan macam yang saya kata, di mana ada perasaan membuak buak dalam hati awak tu untuk Daftar Jadi Ahli Shaklee sebab nak sama sama enjoy kelebihan untuk beli Shaklee Dengan Harga Ahli... jangan tunggu lagi, okay?


Terima kasih. 

Related Articles

2 comments:

Unknown berkata...

Bestny dah berjaya berhenti keje 😊

fiqa berkata...

teruskan usaha, lisa. In syaa Allah lisa akan lebih berjaya daripada apa yang lisa bayangkan. Abaikan mereka yang buat kita rasa negatif. You can do it ;)