Hari ni 19 November 2016 dah, jadi maksudnya ada lagi lebih kurang 42 hari je lagi nak masuk tahun baru, tahun 2017.
Biasanya, time time ni lah or minggu depan; orang ramai akan sibuk nak pikir benda benda ni kan:-
Apa yang kita nak buat untuk datangkan kebaikkan kat kita and jadikan diri kita lebih baik dari diri kita yang sebelum ni, inshaAllah.
Sebab apa diam terpikir? Sebab lama lama pikir, dalam dalam pikir, baru terdetik dalam hati ni… sepanjang tahun ni lah rasa rasanya banyak betul rasa sedih dari rasa gembira.
Banyak betul benda benda yang berlaku tu dah buat hati rasa marah and eventually mesti lah stress tak tentu hala kan? Bila dah stress tu, mula lah sakit sana sini. Rasa stress tu bukan nya bagus pun.
Bila kita stress, perut kita akan keluar kan satu asid ni dalam perut kita (‘acid reflux’). Hal ni sama kejadian dia macam kita kena gastrik tu lah lebih kurang.
Perut merembeskan asidi. Bila ada asid dalam perut, sama lah macam gastik tu yang sometimes orang tertentu akan kena gastrik time bulan puasa kan?
Sbb dia tak biasa takde makanan dalam perut, bila asid je ada, dia akan mengakis perut kita.
Boleh berlanjutan sampai jadi ulser perut dan boleh membawa kepada kematian! Mati weh, mati sebab stress???
Benda yang betul betul buat saya relieved? Puas hati dan takde sesalan sedikit pun? Benda yang buat kita tersenyum sorang sorang tak pasal pasal sebab tak sangka kita akhirnya buat benda tu??
Ada yang garang sangat sangat lagaknya macam Mak Bawang Putih & Bawang Putih tu (alah, yang marah marah Bawang Merah tu - ni kira macam Cinderella versi Melayu lah ni). Ada pulak, yang baik nya sampai bila Client mula nak marah marah, dia ni boleh tunduk sengih dan redha??
Ish, pun susah jugak! Macam macam karakter lah kiranya. Awal awal dulu, ada moment yang saya rasa kecik hati, terasa, marah dengan semua orang keliling ni. Tahu lah kita ni lepasan ijazah, junior kan…?
Tapi tak perlu lah nak layan macam kuli pulak! Hormat lah orang sikit, kan?
Bila kita ni lah umpama staff sorang sorang kat ofis yang harus buat keje tu, yang satu satunya lah nak kena buat semua list keje yang urgent, bila nama kita lah yang asyik asyik kena panggil bila ada task nak kena complete kan… macam lah kat ofis tu under senarai nama pekerja, nama saya sorang je ke???
Balik balik kita, balik balik kita… stress lah jugak kan? Meracau lah jugak! Bila keje urgent nak mati, siap on time, tak cakap apa pun.
Pastu banyak banyak keje ada satu benda kecil tersilap (sikit je pun, tak major pun!), kena maki beria macam lah rugi habis company lingkup kan???
Siap kata kita takde otak? Kita tak reti nak berfikir? Kita buat keje sambil lewa? Kita useless? Serius ke macam ni?
Orang akan cakap saya tak tau cemana nak ada company, sebab saya tak pernah ada kan? Orang jugak akan cakap, saya ni sensitif sangat, senang sangat nak terasa.
Kena lah paham situasi boss boss kat ofis tu kan. Betul. Memang. Saya tahu saya tak cukup bagus untuk memandai mandai nak rasa camni kan? Tapi, fikir lah jugak. Kita kena jugak hormat orang keliling.
Orang ada hati and perasaan jugak. Bukan nya kayu kan?
Lepas tu, bukan nya saya ni nak harapkan pujian menggunung ke, hadiah duit ke, apa ke bila dah buat keje banyak banyak tu. Although, banyak kali je macam kena buat benda yang tak patut pun sebenarnya!
Bukan tu semua. Tapi appreciate lah sikit. Tak yah lah buat buat macam saya ni teruk sangat and menyusahkan company. So, benda benda camni lah yang menyakitkan hati. Tahu tak?
Pastu, lepas solat tu dah plan nak pegi kedai beli groceries. Weekend grocery shopping sebab nak top up apa yang dah habis kat umah ni kan… Tengah rukuk, boleh terpikir pasal buah apa nak beli; pisang ke, oren ke.
Masa tahiyyat akhir, dok pikir bawang besar ari tu dah beli ke? Ke ada lagi dua tiga biji? Nak kena beli sabun basuh ke?
Semua tok nenek lah nak pikir time tu kan? Rasa rasa, horror tak camtu? Tak khusyu’ tu?
Keputusan ni awal awalnya nak berhenti awal tahun hari tu. Then, tak jadi. Tak boleh. Semua boss berjumpa dan berbincang. Sebenarnya, memang dah tekad dah. Tapi, pikir kan air muka depa.
Takkan lah boss dah beria ia berjumpa and memujuk, takkan lah kita nak berdegil kan? Apa rasa mereka pulak nanti? ‘Kurang ajar budak ni!’ So, tak jadi lah nak benti.
Tapi kali ni, saya dah tekad. Lepas berbincang, akhirnya mereka setuju nak lepaskan saya. Phew! Akhirnya. Tarikh akhir di pejabat, akhir bulan Julai. Alhamdulillah.
‘Tolong lah, kata mereka. Sebulan je pun, bukannya setahun. Bukannya ada keje memana pun lepas ni kan?’
Alhamdulillah.
Tapi ada certain friends yang pandang serong! Pandang serong sebab pandai pandai berhenti keje tapi takde back-up plan. Macam tak pikir masa depan. Macam kanak kanak, ikut hati dan perasaan. Ingat diri tu bagus sangat, sampai nak merajuk berhenti keje bila boss tak puji.
Cakap lah nak cakap apa apa sekali pun. Saya tak kisah. Saya bersyukur akhirnya saya buat keputusan ni. Takde sesalan pun. Langsung takde. Ni, dah nak masuk 3 bulan saya off work. Seronok! Lepas tu, saya jumpa Mami.
Saya terdetik nak buat bisnes Shaklee. Sebab tu saya cari Mami. Macamana boleh terdetik? Saya pun taktau. Cuma satu hari, terdetik. Dalam hati rasa perlu cari Mami. Perlu buat Shaklee. Buat bisnes ni secara full time. Apa saya dapat?
Lagi lama saya buat ni (padahal baru masuk 2 weeks! Haha), lagi banyak benefit dia yang saya nampak. Mungkin ni tak sama dengan pandangan orang lain. Maybe awak semua akan rasa saya cuba jual produk and kaut keuntungan.
Takpe. Pikir lah cemana sekali pun. Itu hak awak untuk berfikir, kan? Tapi, sejak saya join Shaklee saya bukan je tahu erti kekeluargaan, kasih sayang sesama Islam tapi jugak rasa semakin dekat dengan Allah.
Setiap ahli keluarga Shaklee, biasa akan ingat mengingatkan sesama kita. Itu seronok.
Sangat seronok.
Kalau kita nak bukak kisah silam saya, haih.. bukan lagi cerpen dah, Kiera. Tapi lebih dari cerpen! Mungkin dah setebal Kamus Dewan!!! Kisah silam saya boleh buat drama. Atau filem. Box office, kot? Tapi, itu semua dulu.
Pelan pelan, cuba berubah. Tapi, recently… dengan Shaklee, banyak saya belajar. Banyakkk sangat2. Mungkin ada yang cakap, ‘Amboih! dah mula nak jadi ustazah pulak minah ni. Dia bukannya baik mana pun!!!’
Tak kisah lah. Saya tak kisah. Alhamdulillah. Yang penting, saya tahu apa saya buat. Tuhan tahu apa saya rasa dan niat saya. Tapi, Shaklee dah buat saya berubah positively. Aura aura positif sangat melimpah dan ni ialah benda bagus. Self-improvement. Dalam dan luar.
Bagus benda ni. Sangat sangat bagus.
Kumpul kebaikkan untuk dunia dan akhirat. Investment kini dan akan datang. Bagus tak? Bagus kann?? Tak tau apa awak nak rasa, tapi saya rasa seronok. Saya rasa tenang dan bahagia.
Kita usaha lah, selagi yang kita mampu. Kan? Betul kan?
Ada perasaan dalam hati membuak buak nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? Dan lepas tu tak sabar nak beli Shaklee Dengan Harga Ahli yang sangat hebat tu? Tunggu apa lagi? Jom lah Daftar Jadi Ahli Shaklee hari ini okay?
Terima kasih.
2 comments:
Bestny dah berjaya berhenti keje 😊
teruskan usaha, lisa. In syaa Allah lisa akan lebih berjaya daripada apa yang lisa bayangkan. Abaikan mereka yang buat kita rasa negatif. You can do it ;)
Catat Ulasan